Baru khabar angin, fans cepat-cepat tolak idea Sabah FC ikat pemain K-Ligue


  • Podium
  • Rabu, 15 Feb 2023

Ketangkasan Kwang Min menarik perhatian Sang Badak.

DALAM usaha membawa kejayaan Sabah FC menerusi saingan liga domestik dan juga Piala AFC, kekosongan bagi bintang import tentu sekali akan diisi oleh pemain-pemain yang berkualiti.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee pernah membuat kenyataan secara umum untuk mencadangkan penambahan beberapa import bagi mengisi kekosongan menjelang Liga Malaysia (Liga M) 2023 ini.

Sebelum ini, empat pemain import baharu telah menyarungkan jersi pasukan The Rhinos iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku dan yang terkini, Jailton Paraiba kelahiran Brazil.

Terbaharu, dikhabarkan The Rhinos akan membawa masuk import yang berasal dari Korea Selatan untuk memperkukuhkan pertahanan pasukan itu.

Desas-desus diperkuatkan lagi apabila pemain pertahanan kiri Ko Kwang-min bersetuju untuk berhijrah ke Liga M dibawah kelab bola sepak Sabah FC, memetik daripada kenyataan Korea Football News.

"Pertahanan kelab bola sepak Seoul FC bersetuju untuk berhijrah ke Liga Malaysia, Sabah," memetik ciapan dari Korea Football News.

148616

Kwang-mn bakal menyarungkan jersi The Rhinos. — Agensi

Meskipun bermain sebagai pertahanan, namun Kwang-min pernah mencetakkan beberapa gol dalam lapan penampilan yang dihasilkan musim lepas.

Namun begitu, terdapat juga pandangan beberapa penyokong pasukan Sabah FC yang tidak bersetuju membawa masuk pemain tersebut dan antara sebab ialah faktor umur.

"Kenapa ambil pemain yang sudah berumur," kata penyokong Sabah FC Joe Reyyan.

"Carilah yang muda bertenaga," kata Yumboi Yam, penyokong The Rhinos.

Kwang-min, 34 yang pernah bermain di kelab Yangpyeong FC dilihat akan memberi harapan kepada Sang Badak untuk terus beraksi cemerlang dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram