Gamuda Cove antara 5 taman tema air 'best' wajib dikunjungi musim cuti sekolah


  • Hobi
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Taman tema air menjanjikan keseronokan kepada pengunjung terutamanya ketika musim cuti sekolah. — Gambar hiasan

MUSIM cuti sekolah semakin hampir dan selepas menghabiskan masa belajar, sudah tentu ibu bapa akan mencari peluang untuk mencuri hati anak-anak agar dapat meluangkan masa bersama.

Terdapat beberapa pilihan destinasi bercuti yang perlu ibu bapa ketahui agar anak-anak gembira dan berpuas hati sepanjang musim cuti sekolah.

Berikut Majoriti senaraikan lima taman tema air yang boleh dikunjungi ibu bapa bersama anak-anak mereka sepanjang cuti sekolah:

WhatsApp Image 2023-02-16 at 01.40.55

Splashmania Waterpark Gamuda Cove.Facebook

1. Splashmania Waterpark Gamuda Cove (Selangor)

Taman tema air yang terdiri daripada 39 gelongsor turut mempunyai daya tarikannya yang tersendiri seperti The Shaka Waka.

Pada masa sama, taman tema air yang baru dibuka kepada orang ramai awal bulan Februari itu turut mempunyai permainan gelongsor air yang menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

The Atlantis VR itu pastinya akan memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan buat anda seisi keluarga.

Bagi pengunjung dalam kategori kanak-kanak, beberapa maskot menarik disediakan antaranya Omba'King (dugong), Zoomi (orang utan) dan Max (memerang).

Lokasi taman tema itu terletak di Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor beroperasi setiap hari kecuali Selasa, (tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah) bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

WhatsApp Image 2023-02-16 at 01.37.36

Sunway Lagoon Malaysia. — Facebook

2. Sunway Lagoon, Bandar Sunway (Selangor)

Sunway Lagoon merupakan taman tema terbaik yang menarik untuk seisi keluarga. Antara zon pengembaraan yang perlu anda rasai ialah Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon dan Wildlife Park.

Taman tema itu sememangnya akan memberi kepuasan dan keselesaan kepada anda yang mana kemudahan penginapan seperti resort dan hotel turut disediakan bagi keselesaan pengunjung tempatan serta luar negara.

Lokasi taman tema itu terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Di samping itu, Sunway Lagoon Night Park beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 6 petang hingga 11 malam.

WhatsApp Image 2023-02-16 at 01.33.16

Wet World Water Park Shah Alam.Facebook

3. Wet World Water Park Shah Alam (Selangor)

Taman tema itu menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak mahupun dewasa antaranya ialah Super Hurricane, Pirate Cove dan Bermuda Triangle.

Berdasarkan jarak yang dikongsikan di laman sosial, pengunjung hanya memerlukan masa selama 35 minit untuk tiba di Wet World Water Park dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Terletak di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor beroperasi setiap hari kecuali Rabu (tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah) bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

bangi-wonderland-pirate-bay-1

Bangi Wonderland Themepark & Resort.Facebook

4. Bangi Wonderland Themepark & Resort (Selangor)

Taman tema air Bangi Wonderland mempunyai 16 tarikan. Walaupun kawasan taman tema air itu berkeluasan sederhana namun ia memiliki pelbagai permainan yang menarik untuk dinikmati bersama keluarga seperti Anaconda Trail, Kids Adventure dan Magic Funnel.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya surau, bilik persalinan, ruang kesihatan dan bilik khas untuk bayi.

Beroperasi setiap hari kecuali Selasa (tidak termasuk cuti sekolah) bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang bagi hari biasa. Pada Sabtu, Ahad dan cuti sekolah pula, waktu operasi bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

image-riverine-splash-copy

Riverine Splash Water Theme Park.Amverton Cove Golf & Island Resort

5. Amverton Cove Golf & Island Resort (Selangor)

Dengan adanya tarikan baharu Riverine Splash Water Theme Park dan Riverine Survival Park, destinasi taman tema itu sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama anak-anak semasa cuti sekolah.

Selain aktiviti berkaitan air, terdapat juga aktiviti lasak yang disediakan untuk pengunjung antaranya flying fox dan sukan memanah.

Selain itu, tempat berkenaan juga terkenal dengan keenakan makanan laut. Orang ramai juga boleh mengambil kesempatan mengenali Orang Asli daripada suku kaum Mah Meri yang mendiami kawasan tersebut.

Lokasi taman tema itu terletak di Pulau Carey, Dengkil, Selangor beroperasi setiap hari kecuali Selasa (tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah) bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram