Dari 'bomoh' jadi pengarah terkenal, Sabri Yunus akui terseksa tempuh dunia lakonan


  • Hiburan
  • Ahad, 12 Feb 2023

Filem pertama ditawarkan kepada Sabri ialah Driving School. — Agensi

PELAKON dan pengarah terkenal tanah air, Sabri Yunus atau lebih dikenali sebagai Pok Ya mendedahkan pengalamannya bekerja sebelum menceburi bidang lakonan.

Pok Ya berkata, pekerjaan terakhir sebelum menjadi pelakon merupakan sesuatu yang di luar bidangnya memandangkan dia bertugas sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP) pada 1982.

"Sebelum menjadi seorang pelakon, saya bersama DBP pada 1982. Ketika itu, umur saya 21 tahun, datang dari kampung dan pergi ke Kuala Lumpur (KL) yang tidak pernah saya jejaki.

"Ketika itu, sudah tengah malam dan saya tidak tahu di mana. Pengalaman makan sate dan terus bergerak ke Johor kerana tidak pernah bersiar-siar," katanya dalam satu temu bual bersama SIAR.

Jelasnya, dia sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 10 tahun 11 bulan bersama DBP dan mengakhiri pekerjaannya pada Julai 1993.

Selepas memasuki bidang lakonan, Sabri mendedahkan bagaimana dia berdepan cabaran apabila diberikan watak yang tidak sesuai dengan personalitinya.

WhatsApp Image 2023-02-11 at 06.39.26 (1)

Sabri mendedahkan beliau pernah bertugas sebagai pelukis di DBP pada 1982.

Anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu mendedahkan bahawa filem pertama ditawarkan kepadanya adalah Driving School, yang mana beliau dipertanggungjawabkan untuk memegang watak sebagai bomoh.

"Semasa saya mula terlibat di bawah (Othman) Hafsham, ada satu agenda yang mana mereka memerlukan seorang pelakon tambahan dan mereka akhirnya memilih saya.

"Kerana saya fikir, tidak sesuai untuk saya menjadi seorang bomoh dalam filem itu dengan usia saya yang muda dan jika kita lihat filem itu, boleh nampak mereka solek saya," katanya.

Selepas terlibat dalam layar perak yang diterbitkan pada 1990 itu, Pok Ya meneruskan lakonannya dalam filem Wanita Bertudung Hitam, Imigran dan Sayang Salmah.

Lebih menarik lagi, beliau yang pertama kali berdepan dengan produksi yang besar berasakan ia amat berbeza dengan keadaan drama televisyen dan sitkom.

"Yang paling seksa sekali, saya datang daripada teater", katanya. Pok Yo juga mengatakan bahawa watak bomoh dalam babak filem Driving School itu gagal tetapi tidak menyesalinya kerana kurang pendedahan terhadap penyusunan skrip yang perlu dihafal olehnya.

Filem Imigran turut menceritakan pengalaman dia bersama dua orang rakannya iaitu Imuda dan Ahmad Busu yang bersama-sama menjayakan filem tersebut.

Pengarah filem Imigran, Nahar Akhbar Khan sememangnya menginginkan mereka bekerja bersama dalam satu filem yang sama dan sitkom. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram