Cara 'unik' digunakan ketika menenun


  • Hobi
  • Khamis, 16 Feb 2023

Gayah menunjukkan cara menenun menggunakan mesin tenun tradisional. — Bernama

WALAUPUN kehilangan daya penglihatan tetapi ia tidak menghalang Gayah Awang, 54, dalam mencari rezeki bekerja sebagai penenun songket tradisional.

Gayah yang berasal dari Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu menjadi balu pada usia 34 tahun dan mula kehilangan penglihatannya sedikit demi sedikit ketika masih remaja.

Meskipun hanya menggunakan deria sentuhan, proses menenun songket sememangnya tidak mudah untuk dihafal susun atur benang dan mengekalkan corak songket.

Namun, ibu tunggal empat anak itu atau mesra disapa Mok Su bertekad untuk meneruskan proses tersebut walaupun memenatkan.

Dalam tujuh adik beradik, lima daripada mereka mengalami masalah penglihatan dan kini Mok Su buta sepenuhnya.

Ketika menceritakan pengalaman semasa berada di tempat yang terang, Mok Su hanya dapat melihat bayang-bayang tetapi tidak secara jelas.

Semasa proses menenun, anak perempuan Mok Su akan membantu dalam menyusun benang dan menyediakan peralatan menenun kerana masalah penglihatan yang dialami olehnya.

Untuk memudahkan proses menenun, Mok Su lebih memilih untuk menenun "songket bunga dalam" kerana cara ini tidak memerlukan pelbagai warna, bunga dan corak yang digunakan.

Ibu tunggal itu turut mengatakan bahawa dia tidak ingin menerima sebarang tempahan daripada pelanggan kerana keadaan dirinya, dia juga mengatakan untuk menyiapkan sehelai songket memerlukan masa seminggu.

Mok Su akan menyerahkan kepada anak perempuan Nurul Hajar Ismail,26, untuk membuat "songket bunga penuh" yang mana lebih rumit, mereka juga masih menggunakan mesin tenun tradisional warisan nenek moyang yang diperbuat daripada kayu.

Sejak suami Mok Su meninggal dunia, hanya pekerjaan menenun sahaja yang mampu dilakukan olehnya untuk membesarkan anak-anaknya.

Walaupun pendapatan yang diperolehinya tidak memuaskan dalam menampung kehidupan seharian namun, ia tidak mematahkan semangat Mo Su untuk terus gigih bekerja dan menghargai pekerjaan sebagai penenun songket tradisional.

Mok Su juga mengatakan impiannya agar kemahiran unik menganyam tidak ditelan zaman dan akan mewariskan secara turun temurun kepada anak-anaknya.

"Hajar sudah mahir dan dia membantu saya sepenuh masa,” kata Mok Su, yang kerjanya mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan di Terengganu.

Terdahulu, Mok Su menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pernah ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Maktab Perguruan terpaksa menolak disebabkan masalah penglihatan pada umur 19 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

menenun songket, buta, balu, ibu tunggal, warisan