Michelle Yeoh akui pernah ditekan untuk bersara berlakon


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Feb 2023

Michelle Yeoh mendedahkan cabaran yang dilalui sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan. — Agensi

USIA tidak menjadi penghalang seseorang untuk mencapai impian termasuk kerjaya yang diminati.

Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh Tan Sri Michelle Yeoh yang kini berusia 60 tahun tetapi masih meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.

Dalam satu wawancara bersama Los Angeles Times' The Envelope baru-baru ini, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, terdapat tekanan yang diberikan segelintir pihak supaya beliau tidak lagi terlibat dalam bidang lakonan berikutan usianya yang semakin lanjut.

Tekanan itu dialami sebelum beliau ditawarkan watak utama dalam filem pecah panggung yang ditayangkan pada 2022, Everything Everywhere All at Once.

"Apabila seseorang itu semakin berusia, peluang berlakon mula berkurangan dan peranan yang diberikan lebih sukar diperolehi," katanya.

Namun, tekanan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kerjayanya.

Michelle Yeoh  with her Golden Globe award for Best Actress on Jan 10. In one of her acceptance speeches, Yeoh proudly announced that she came from Malaysia at a time when no one in the West knew where Malaysia was and many were shocked that she could speak English. — Reuters

Michelle Yeoh mencipta sejarah sendiri selepas memenangi Golden Globe. — Agensi

"Mereka (orang ramai) mula berkata, anda harus bersara dari dunia lakonan, anda harus melakukan ini dan itu, namun saya rasa, saya tidak perlu mendengar kata-kata tersebut," katanya.

Beliau turut menceritakan pengalaman yang dilalui semasa pertama kali tiba di pentas Hollywood pada pertengahan 1990-an.

Pada ketika itu, beliau sering mendengar ayat yang berbaur diskriminasi daripada penduduk di sana," Anda minoriti di sini."

Walaupun berada dalam golongan minoriti di negara itu, Yeoh tetap berbangga dengan latar belakangnya yang berbilang bangsa kerana membesar sebagai rakyat Malaysia.

Tambah beliau, terdapat juga sentimen dalam kalangan penduduk di Hollywood yang mana mereka tidak mengenali negara-negara Asia, termasuk China, Korea, Jepun dan Malaysia.

Lebih menarik lagi, Yeoh juga mendedahkan bahawa segelintir daripada mereka terkejut dengan kefasihannya berbahasa Inggeris.

Kini, beliau sibuk dengan pelbagai sesi wawancara menjelang Anugerah Akademi pada 12 Mac, yang mana beliau dicalonkan sebagai Pelakon Utama Wanita Terbaik.

Dengan tarikh Oscar yang semakin menghampiri, Yeoh juga mengatakan bahawa peminatnya tidak putus-putus dalam memberi sokongan dan dorongan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram