Suria FM tak pernah berhenti tawan hati pendengar, nantikan siri jelajah bermula di JB


  • Hiburan
  • Rabu, 08 Feb 2023

Suria FM mengadakan siri

STESEN radio ketiga popular di Malaysia, Suria FM akan mengadakan siri jelajah ke beberapa buah negeri sempena Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, siri jelajah tersebut akan menampilkan kelainan buat pendengar dengan mengetengahkan elemen muzik 1980-an, 1990-an dan terkini bagi tujuan meluaskan sasaran pendengar Suria FM.

“Siri jelajah Suria ini merupakan acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM.

“Oleh itu pada jelajah ini kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama dan AC Gas selaku penaja bersama,” katanya kepada media ketika ditemui di pelancaran Siri Jelajah Suria Cotton Collection di Glasshouse, Kuala Lumpur pada Selasa.

DSC09839

Penyampai radio Suria FM Rara dan Tyzo antara yang membuat persembahan ketika majlis pelancaran Siri Jelajah Suria Cotton Collection.

Dalam pada itu, pengunjung jelajah turut berpeluang memenangi hadiah motosikal jenis Modenas MR3 selepas pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth Kedai Suria.

Wang tunai RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas bermula pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.

Siri jelajah akan membuka tirai di Zon Selatan, Johor Bahru pada 11 Februari seterusnya Zon Utara; Alor Setar (19 Februari), Zon Pantai Timur; Pahang (25 Februari) dan Lembah Klang; Petaling Jaya (4 Mac).

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung seperti persembahan artis popular, gerai jualan dan cabutan bertuah.

Antara barisan artis yang terlibat dalam siri jelajah tersebut terdiri daripada Sissy Iman, Zamani, Raja Ema, Ernie Zakri, Aishah, Kristal X, NewBoyz, Xpose, Siti Nordiana dan Nabila Razali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram