Mahukan aktiviti perkhemahan selesa, jangan tinggal item ini


  • Hobi
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Aktiviti perkhemahan antara yang menjadi kegilaan dan pilihan masyarakat masa kini untuk berhibur serta merehatkan minda secara semula jadi.

AKTIVITI perkhemahan antara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati nuansa flora dan fauna yang cukup menenangkan jiwa.

Kesegaran udara dengan persekitaran bunyi deruan air dan burung bagai rawatan untuk menyegarkan fikiran dan melupuskan segala kerunsingan.

Kebanyakan lokasi yang dipilih terletak jauh di kawasaan pendalaman dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan beberapa kelengkapan dan keperluan.

Oleh itu, beri tumpuan sepenuhnya sewaktu membuat persiapan sebelum ke tapak perkhemahan. Sebaiknya sediakan senarai periksa agar tiada yang ketinggalan.

Beberapa barangan yang perlu ada terdiri daripada:

Khemah

tent-camping-at-sunset

Namanya pun perkhemahan, tentu sahaja peralatan pertama yang perlu dibawa ialah khemah. Pastikan jumlah peserta yang akan mengikuti aktiviti tersebut sebelum membuat pilihan sama ada khemah untuk dua atau empat orang.

Ambil perhatian kepada komponen kecil yang perlu dibawa bersama agar proses memasang khemah lancar.

Beg tidur

majoriti2023

Beg tidur atau selimut perkhemahan akan memanaskan badan dan memberikan keselesaan khususnya tidur di kawasan berbukit atau pendalaman hutan. Cara ini dapat melindungi badan daripada mengalami kesakitan.

Pastikan bawa pelapik tidur supaya tempat tidur lebih selesa. Pelapik tidur kalis air tentunya lebih baik terutama jika berdepan cuaca tidak menentu.

Lampu suluh

Best-camping-flashlights-e1503609478126

Sumber cahaya amat diperlukan khususnya pada waktu malam. Sekiranya tapak perkhemahan tidak menyediakan kelengkapan lampu yang cukup, bersedia untuk membawa lampu suluh tambahan.

Cuba pilih lampu suluh kecil dan ringan yang mempunyai suis yang mudah diaktifkan, muat dan selesa di tangan.

Sesetengah pengemar aktiviti perkhemahan suka membawa lampu depan di kepala bagi memudahkan pergerakan.

Makan dan minum

campfire-896196-510x341

Tanpa makanan dan minuman tentu sahaja tidak lengkap aktiviti perkhemahan. Variasi makanan kering atau basah boleh dibawa bersama.

Menyediakan hidangan bersama orang tersayang pasti lebih menyeronokkan selain makanan berasa lebih enak.

Kit pertolongan cemas

best-first-aid-kits

Malang tidak berbau dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, langkah terbaik ialah sediakan payung sebelum hujan.

Sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kit kecemasan dapat memberi bantuan segera sebelum dibawa ke pusat rawatan berhampiran.

Antara yang perlu ada dalam kit pertolongan cemas ialah pelbagai jenis pembalut luka, kain kasa, pita pelekat, aspirin, ibuprofen, losyen atau gel luka (melecur), tisu antiseptik dan krim antibiotik.

Peralatan memasak

hhjQkEHHDJSy6w2FJA65JB-1200-80

Setiap perjalanan perkhemahan adalah berbeza dengan persekitaran mahupun kemudahan disediakan. Sekiranya tapak perkhemahan tersebut tidak menyediakan sebarang kelengkapan, baik bawa sendiri peralatan seperti cerek, periuk, pinggan, sudu dan garfu.

Peralatan memasak ini secara tidak langsung memberikan keselesaan terhadap proses penyediaan makanan. Paling penting menjaga kebersihan bagi mengelakkan keracunan makanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram