KEGAGALAN Manchester United membawa pulang tiga mata berharga ketika bertemu Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis menarik perhatian rakyat Malaysia.
Selain itu, kisah peletakan jawatan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga mencuri tumpuan.
Berikut Majoriti memaparkan tiga kata kunci yang trending pada Khamis, 19 Januari 2023:
1. Jacinda Ardern
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Khamis tiba-tiba mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media tergempar.
Pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern berasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Tugas ini memerlukan tanggungjawab dan orang yang tepat untuk mempimpin, kata Jacinda Ardern
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.
Beliau merupakan pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2017 ketika berusia 37 tahun.
Kredibilitinya sebagai Perdana Menteri teruji semasa menempuh pandemik Covid-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.
Tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
2. Lim Guan Eng
Guan Eng menghadapi empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.3 bilion ketika dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur. - Abd Razak Aid
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi fokus utama dalam perbicaraan kes rasuah ‘Coklat RM2 juta untuk Big boss’.
Kes berkenaan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu, pada Rabu.
Susulan itu, menurut laporan Bernama, Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di ibu negara pada Mac 2011.
Lim juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
3. Manchester United
Michael Olise menjadi wira buat Crystal Palace apabila menjaringkan satu gol buat pasukannya dan memperoleh keputusan seri 1-1 sewaktu menentang Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park.
Michael Olise menghasilkan gol sepakan percuma cantik dalam waktu kecederaan untuk Crystal Palace sehingga menggagalkan The Red Devils untuk memintas Manchester City.
Pemain Manchester United Casemiro dan pemain Crystal Palace Wilfried Zaha (kanan) berebut bola dalam perlawanan EPL antara kedua-dua pasukan itu di Selhurst Park, London, 18 Jan 2023.
United pada awalnya kelihatan akan memintas The Citizens di kedudukan kedua EPL selepas Bruno Fernandes membuka jaringan dalam babak pertama, tetapi akhirnya berputih mata apabila Palace berhasil menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir.
Kekalahan itu juga bermaksud The Red Devils terlepas peluang untuk menduduki tangga kedua EPL buat kali pertama sejak September 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram