SETIAP hari ada saja insiden atau acara melibatkan umum mahupun selebriti yang menarik perhatian ramai di media sosial. Ia juga menyebabkan carian berhubung perkara itu menjadi trending mengikut situasi tertentu.
Berikut Majoriti paparkan kata kunci yang trending pada Selasa, 17 Januari 2023.
1. Tutti Frutti
Pembukaan semula Tutti Frutti di Malaysia nampaknya telah menarik perhatian warganet.
Rata-ratanya teruja apabila jenama yogurt yang pernah terkenal satu ketika dahulu kembali beroperasi.
Bagi yang tidak mengetahui, Tutti Frutti sebelum ini menawarkan hidangan frozen yogurt (froyo) disajikan bersama variasi pilihan buah-buahan sebagai 'toppings'.
Pertama kali diperkenalkan sekitar 2009, Tutti Frutti hadir dengan cawangan pertama mereka di Sunway Pyramid dan kemudian cawangannya bertambah sehingga 85 lokasi di seluruh Malaysia sebelum ia ditutup secara berperingkat.
Kedai froyo itu kali ini memilih Damansara Heights di ibu negara sebagai lokasi pembukaan semula mereka.
Segelintir netizen mengimbau kenangan mereka bersama Tutti Frutti dan berharap harganya berpatutan.
2. The Last of Us
The Last of Us merupakan sebuah drama siri diadaptasi daripada sebuah game yang baru-baru ini mula ditayangkan di HBO.
Drama siri ini dikembangkan Naughty Dog, sebuah syarikat permainan video dan diterbitkan Sony Computer Entertainment.
The Last of Us, sebuah drama siri adaptasi permainan video yang dinantikan peminat.
The Last of Us mengisahkan Joel, watak seorang bapa dilakonkan Pedro Pasca dan anaknya bernama Ellie, dilakonkan Bella Ramsey sebagai penembak pasca-apokaliptik.
Mereka harus melarikan diri untuk teruskan hidup setelah wabak mutan fungus Cordyceps menyerang Amerika Syarikat dan menyebabkan manusia berubah menjadi raksasa kanibal yang dikenali sebagai 'infected'.
Siri ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminatnya.
3. Rafael Nadal
Pemain tenis terbaik dunia Rafael Nadal menang pertarungan menentang pemain Britain, Jack Draper dalam kejuaraan tenis Terbuka Australia pada Isnin dengan set 7-5 2-6 6-4 6-1.
Dalam perlawanan itu, Jack Draper cuba untuk menyamakan kedudukan pada satu set namun pemain tenis berusia 21 tahun itu gagal melakukannya sebelum dia secara tiba-tiba mengalami kecederaan di kaki.
Rafael Nadal berjaya menewaskan Jack Draper pada Isnin dalam kejuaraan tenis Terbuka Australia.
Bagi Nadal, kemenangan ini merupakan permulaan yang baik dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran juara.
Nadal turut memberi pujian kepada Draper dengan mengatakan bahawa pemain itu memiliki potensi besar dan berpeluang memiliki masa depan cerah.
Nadal, pemain Sepanyol yang merebut gelaran Grand Slam ke-23 akan menentang Mackenzie McDonald untuk untuk pusingan seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram