Pemergian anak mendiang Elvis Presley, pengganti CR7 antara carian Google tertinggi hari ini


  • Relaks
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Lisa Marie Presley meninggal dunia pada Khamis. — Agensi

BERDASARKAN laporan Google, ini adalah antara kata kunci yang menjadi 'trending' hari ini:

1. Lisa Marie Presley

Kata kunci pertama yang 'trending' hari ini adalah berkaitan pemergian mendiang Lisa Marie Presley.

Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia pada Khamis selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California akibat serangan jantung.

Lisa Marie merupakan anak tunggal legenda rock & roll, mendiang Elvis Presley.

Berita sedih pemergian Lisa Marie dikongsi ibunya, Priscilla Presley.

“Dengan berat hati saya berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya, Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita," kata Priscilla.

2. Wout Weghorst

skysports-wout-weghorst-netherlands_6018635

Wout Weghorst menandatangani kontrak bersama MU. — Agensi

Nama Wout Weghorst menjadi buah mulut apabila dia secara rasminya telah menandatangani kontrak bersama Manchester United (MU) secara pinjaman daripada Burley sehingga akhir musim Liga Perdana Inggeris.

Penyerang berusia 30 tahun itu sebelum ini telah menghabiskan separuh pertama musim secara pinjaman di kelab Turki, Besiktas.

Weghorst menjaringkan sembilan gol menerusi 18 penampilan dalam semua perlawanannya untuk Besiktas sebelum ini.

Kedatangan Weghorst diharapkan dapat menggantikan tempat Cristiano Ronaldo sebagai penyerang tengah MU.

3. Taeyang

taeyang-vibe-featuring-jimin-interview

Taeyang berkolaborasi dengan Jimin untuk lagu baharunya berjudul 'Vibe'.

Taeyang dari kumpulan idola K-pop, Big Bang secara rasmi membuat 'comeback' solonya berjudul Vibe.

Kali ini untuk lagu baharunya, Taeyang berkolaborasi dengan Jimin dari kumpulan idola K-pop, Bangtan Sonyeondan (BTS).

Sejam sebelum lagu Vibe dikeluarkan, Taeyang telah melakukan siaran langsung dan menceritakan tentang bagaimana detik permulaannya berkolaborasi bersama Jimin.

Taeyang turut berkongsi mengenai lagu tersebut dan mendedahkan pengalamannya bekerja dengan Ji-min untuk penggambaran muzik video lagu berkenaan.

Taeyang baru-baru ini menandatangani kontrak dengan agensi Black Label dibawah pimpinan produser, Teddy selepas mengambil keputusan meninggalkan agensi lamanya, YG Entertainment dan Vibe adalah single pertamanya di bawah label baharu itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram