Miss Universe 2022, Benoit dan GOT7 hiasi senarai trending hari ini


  • Relaks
  • Isnin, 16 Jan 2023

R'Bonney Gabriel dinobatkan sebagai Miss Universe 2022

MULAKAN minggu baru Januari anda dengan berita trending pada hari ini.

1. Miss Universe 2022

mu2

R'Bonney Gabriel, Miss Universe 2022 yang berketurunan Filipino - American

Miss Universe 2022, iaitu sebuah pertandingan ratu cantik yang dianjurkan tiap tahun telah pun melabuhkan tirainya pada 15 Januari 2023.

Pentas terakhir Miss Universe 2022 ini sepatutnya diadakan pada akhir tahun 2022, namun ditangguhkan untuk memberi peluang kepada Piala Dunia.

Peserta daripada Amerika Syarikat (AS) berketurunan Filipina - Amerika, R'Bonney Gabriel telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe yang ke -71.

Seperti kebiasaan, tiara pemenang akan diletakkan juara tahun sebelumny dan kali ini Ratu Cantik 2021 iaitu Harnaaz Sandhu dari India menjalankan tugasnya.

Kemenangan ini merupakan yang pertama buat AS dalam tempoh 10 tahun dan kesembilan secara keseluruhan untuk negara itu.

2. Benoit Badiashile

benoit-badiashile-chelsea-battles-possession-788690696

Kemunculan pertama Benoit di Chelsea mengagumkan Graham

Seorang lagi pemain bola sepak berjaya disambar oleh Chelsea, iaitu Benoit Badiashile.

Pemain yang berasal dari Perancis itu dikatakan mengagumkan Graham Potter, pengurus profesional kelab merangkap ketua jurulatih Chelsea.

Benoit, yang diberi peluang untuk bermain bersama pemain berpengalaman Thiago Silva itu dikatakan tidak kelihatan kekok, malah berjaya menyesuaikan diri semasa beraksi di padang.

Kebolehan Benoit tidak dapat disangkal apabila berjaya mendapat perhatian kelab besar untuk bermain meskipun baru berusia 21 tahun.

Sebelum pemindahan beliau ke Chelsea, Benoit dikaitkan dengan Manchester United, namun Chelsea berjaya mengikat pemain dengan skil hebat itu.

3. #9YearsStillAliveGot7

got7

GOT7 ketika mereka di bawah JYPE

Kumpulan muzik korea (K-pop) GOT7 menyambut ulang tahun kemunculannya yang kesembilan semalam!

GOT7 yang pernah bernaung di bawah agensi JYPE selama tujuh tahun itu merupakan kumpulan muzik yang mengeluarkan pelbagai genre lagu seperti balada, pop dan juga hip-hop.

Mereka yang terdiri daripada tujuh ahli iaitu Jinyoung, Jackson, Mark Tuan, Jay B, Kim Yugyeom, BamBam dan juga Youngjae telah meninggalkan agensi tersebut pada Januari 2021 untuk meneruskan aktiviti sendiri.

Namun, mereka tidak melupakan sokongan peminat yang sentiasa menyokong muzik dan karier mereka.

Ratusan 'tweets' menyokong sempena sambutan ulang tahun mereka di Twitter, di bawah carian #9YearsStillAliveGot7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram