BERBANDING dengan filem Melayu klasik era 1960-an, banyak karya yang menggunakan elemen percintaan antara anak raja dengan rakyat biasa sebagai plot penceritaan.
Seiring dengan peredaran sama, filem sebegitu bagaimanapun agak kurang diketengahkan apatah lagi menjadi keghairahan penggiat seni.
Bagaimanapun, itu tidak bermakna barisan pengkarya sudah melupakan konsep penceritaan sebegitu kerana masih terdapat filem sebegitu ditayangkan di layar perak.
Justeru Majoriti senaraikan filem dengan gaya hidup moden, namun menjadikan kisah percintaan antara keluarga diraja dengan rakyat biasa.
Filem: Putera
Tahun: 1994
Filem arahan Datuk Zulkifli M. Osman pada 1994 manakala diterbitkan oleh J.D Production Sdn Bhd.
Membariskan aktres hebat, Vanida Imran dan Erma Fatima yang bergandingan dengan Joe Wings.
Filem genre romantik komedi ini tidak hanya dilakukan di ibu negara, tetapi turut mnejadikan menjadi kota Paris, Perancis sebagai lokasi penggambaran.
Filem ini mengisahkan Putera Hussin yang berusaha mencari pasangan hidup. Setelah mendapat desakan daripada kedua ayahanda dan bonda, Putera Hussin perlu membuat pilihan sama ada mengikut kehendak keluarga atau mengejar gadis impiannya.
Filem: Puteri Impian
Tahun: 1997
Filem arahan Aziz M. Osman ini diterbitkan pada 1997 dan dibintangi oleh Amy Mastura, Cico Harahap, Hairie Othman, Datin Nor Aliah Lee serta Azwan Ali.
Diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Paradigm Film, cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nora yang ingin menjalani kehidupan sebagai seorang puteri raja.
Impiannya itu terlaksana apabila dia menyertai rancangan Memburu Impian.
Tidak hanya itu, Nora kemudian bertemu dengan seorang putera raja bernama Tengku Faizal.
Kedua-dua saling berhubungan, namun berlaku sesuatu diluar jangkaan apabila Zul, seorang jurukamera turut menaruh hati kepadanya.
Filem ini turut mempunyai sambungan, Puteri Impian 2.
Filem: Mr Cinderella
Tahun: 2002
Dibintangi oleh Erra Fazira, Datuk Yusry Abdul Halim, Serena Redzuawan, Opie Zami, Helmi Gimmick, Allahyarham M. Rajoli, Datuk Khadijah Ibrahim, Datin Paduka Umie Aida dan Aziz M. Osman.
Filem arahan Ahmad Idham terbitan Kuasatek Pictures dan Skop Productions ini menceritaan perkenalan antara Puteri Megawati dengan Hakimi yang berlaku secara tidak sengaja.
Hakimi secara tidak sengaja kehilangan sebelah kasutnya ketika menyelamatkan Puteri Megawati yang terlibat dalam kemalangan.
Diterbitkan pada 2002, kisah percintaan mereka tidak terhenti dalam filem ini Mr Cinderella kerana naskhah tersebut memiliki sambutan ke tayangan Mr Cinderella 2.
Filem: Kayangan
Tahun: 2007
Kayangan merupakan sebuah filem romantik komedi terbitan 2007 oleh Raden Pictures Sdn Bhd.
Filem ini membariskan pelakon Nur Fazura, Teuku Zacky Azwar, Eja, Opie Zami, Dee, Jalil Hamid, Datuk Ziela Jalil, Mustapha Kamal dan Allahyarham Ashraf Sinclair (pelakon suara watak Tengku Amir).
Menceritakan tentang Maseira yang merupakan seorang gadis kampung berkenalan dengan Tengku Amir.
Kisah percintaan mereka berputik setelah kedua-duanya bekerja di pejabat yang sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram