Remaja Sindrom Down usaha jual kek untuk kumpul dana bina hospital kanak-kanak


Alexander berusaha mengumpul dana bagi membantu pembinaan hospital kanak-kanak di sebalik usia mudanya yang baru berumur 12 tahun.

SEORANG remaja Sindrom Down berusia 12 tahun menghabiskan masa hujung minggunya dengan membuat kek dan mufin.

Alexander Wilhelm yang menetap di Kuala Lumpur itu nyata bersyukur apabila usaha kerasnya mendapat sokongan orang ramai.

Terdapat enam jenis biskut termasuk florentine, roti dan mufin dibuat remaja itu untuk disalurkan kepada Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) untuk membina hospital kanak-kanak. pertama di negara ini.

Menu yang disediakan Alexander dijual di MAPPAC secara amal dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap pembinaan pusat perubahatan tersebut.

“Saya gembira kerana wang itu untuk membina hospital Malaysia untuk kanak-kanak. Saya mengharapkan perkara ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyokong usaha yang sama,” jelasnya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat MAPPAC, Dr Ng Su Fang, dianggarkan kira-kira RM10 juta untuk merealisasikan misi Alexander.

MAPPAC is a non-profit organisation that aims to increase public awareness of the importance of palliative care for children, says Dr Ng. Photo: Dr Ng Su Fang

“Kami juga memerlukan RM500,000 setahun untuk membina hospital itu. Memandangkan kerajaan kekurangan sumber yang diperlukan, kami hanya boleh melakukan ini dengan sokongan orang ramai.

“Saya sangat kagum dengan kebolehan dan usaha Alexander berusaha memberikan sumbangan kepada komuniti,” jelas Dr Ng.

Hospital kanak-kanak itu dijangka akan memulakan pembinaan pada 2030.

Hospital kanak-kanak tersebut menyediakan kemudahan perkhidmatan sokongan kepada keluarga kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi keadaan yang menyekat nyawa atau mengancam nyawa.

Perkhidmatan termasuk penjagaan paliatif kanak-kanak, penjagaan rehat pakar dan sokongan kehilangan untuk membantu keluarga menghadapi penyakit dan kehilangan orang yang mereka sayangi.

Alexander sememangnya aktif dengan melakukan aktiviti amal. Pada 2021, dia berjaya mengumpul sebanyak RM10,000 untuk pertubuhan kebajikan, termasuk Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Kafe Komuniti Pit Stop dan bantuan dana bangunan sekolah NGO di Seremban, Negeri Sembilan.

majoriti2022 (9)

Ibunya, Ashley Pang, 46, memberikan sokongan penuh kepada anaknya untuk mempamerkan minat dalam bidang membuat kek.

Baginya kanak-kanak keperluan khas memerlukan kekuatan emosi untuk tumbesaran mereka.

“Saya dan suami terus memberi pendedahan kepada kemahiran dan pengalaman baharu supaya dia dapat setanding dengan rakan sebaya dan meningkatkan keyakinannya.

“Kemahiran memasak Alexander mula mempamerkan peningkatan. Dia lebih matang dan mampu mengikut arahan. Kemahirannya jauh lebih baik sekarang,” terangnya.

Alexander mula mendapat inspirasi untuk membina hospital kanak-kanak selepas melihat video sebuah pusat perubatan di Jepun bersama ibunya.

Kedua-dua saling membincangkan tentang rawatan terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti kanser, jantung dan gangguan genetik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram