KESIHATAN mental antara perkara yang dibangkitkan kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa setelah rasminya mengangkat sumpah menggalas tanggunjawab tersebut pada Sabtu.
Melihat kepada itu, jelas menunjukkan tahap keprihatinan penjagaan kesihatan mental yang dianggap serius.
Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), peningkatan kes bunuh diri di negara ini sebanyak 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan pada 2021 berbanding 631 pada 2020.
Berdasarkan myhealth.com, kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial.
Individu yang mengalami penyakit mental akan mengalamai gangguan fungsi seharian sehingga menjejaskan dan mengganggu kesejahteraan pemikiran termasuk emosi seseorang.
Begitu juga apa yang berlaku kepada aktres jelita Maya Karin ketika menyampaikan anugerah di acara Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem di Festival Antarabangsa UK Ramsgate Film & TV itu mengalami serangan panik di atas pentas.
Begitu juga dengan pelakon Sharifah Sakinah yang memberitahu tentang dirinya mengalami Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) sehingga menyebabkan tidak boleh memandu kenderaan.
Tidak hanya mereka, Janna Nick juga sebelum ini pernah mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar.
Jom semak beberapa selebriti lain yang turut pernah mengalami penyakit mental.
Tasha Shilla
Pada 2018, Tasha Shilla mengakui dirinya mengalami kemurungan tahap ringan selama dua tahun. Dalam keadaan itu, dia mengalami kesukaran untuk tidur sehinggakan enggan keluar rumah dan berasa panik.
Menyedari perkara itu, dia mendapatkan rawatan pakar. Difahamkan juga, gangguan emosi yang dialami pernah membuatkan dirinya terdengar suara bisikan yang meminta untuk mencabut nyawa sendiri.
Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui perkara mengalami kemurungan atau fasa mental breakdown sekitar 2016. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahun dia bergelar anak seni.
Pelbagai masalah yang dialami mengakibatkan dia tidak tahu untuk kongsikan mahupun tempat mengadu.
Segalanya dipendam sendiri sehinggalah dia terpaksa menangis seorang diri. Susulan itu dia menghasilkan lagu bertajuk Kita Manusia yang ditujukan kepada mangsa kemurungan.
Sharifah Amani
Pelakon prolifik, Sharifah Amani memberitahu dirinya penah disahkan mengalami masalah kesihatan depresi berat pada 2013.
Dia perlu mengambil pelbagai jenis ubat dan berusaha untuk melawan penyakit itu selain mengikuti terapi.
Salah satu cara untuk dia merawat penyakit itu dengan melakukan aktiviti riadah di hutan dan berkomunikasi dengan orang lain.
Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly pernah menjadi topik hangat dan sering diperkatakan kerana kerap muncul dengan pelbagai gaya serta video pelik dalam talian.
Tindakannya itu turutu pernah menarik perhatian Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad.
Dr Fauziah mengatakan tekanan dialami Iqram berkemungkinan disebabkan oleh kehilangan bapanya pada 2017. Bagaimanapun Iqram menolak alasan itu dan mengatakan dirinya depresi disebabkan netizen.
Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle pernah berkongsikan kisahnya yang mengalami serangan anxiety pada 2019.
Diana dikatakan tidak dapat menahan sedihnya apabila berdepan serangan anxiety atau kebimbangan dan keresahan sehingga mengakibatkan sesak nafas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram