AKTIVITI yoga sering dianggap mudah, bosan dan tidak mampu mengeluarkan peluh seperti manai berlari ataupun sukan fizikal lain.
Ironinya, yoga turut memiliki banyak manfaat yang baik untuk tubuh badan, emosi dan mental.
Memetik portal Hello Doktor, melakukan yoga selama 15 minit sehari mampu memberikan menjadikan tahap kesihatan lebih baik seperti;
1. Singkirkan stres
Jangan terlalu memberi fokus kepada tekanan mental dan emosi sahaja kerana fizikal juga mampu berhadapan dengan perkara sama.
Senaman ini mampu untuk menstabilkan degupan jantung, tekanan darah serta sistem pernafasan termasuk mengurangkan pengeluaran kortisol dalam tubuh badan.
2. Mengurangkan berat badan
Aktiviti hot yoga antara yang boleh diamalkan bagi membantu membakar lemak berlebihan di tubuh badan.
Berdasarkan kajian Harvard Medical School mendapati bahawa individu yang melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu selama 4 tahun berjaya mencapai berat badan diimpikan.
3. Tingkatkan kualiti tidur
Senaman ini boleh membuatkan badan berasa lebih relaks dan bebas tekanan.
Hal ini kerana yoga mampu meningkatkan pengeluaran melatonin dalam tubuh badan iaitu sejenis hormon yang membolehkan seseorang mendapat tidur lebih berkualiti.
4. Menguatkan memori
Gabungan gerakan fizikal dan meditasi semasa membuat senaman ini dapat menguatkan fungsi otak dan menguatkan memori.
Perubahan pasti dapat dirasakan selepas mencuba amalan yoga selama 15 minit sehari.
Lakukan selama beberapa bulan, senaman itu dapat membantu menguatkan ingatan kerana pergerrakan dan pernafasan secara perlahan dapat membuatkan otak lebih fokus dan teliti.
Berikut senarai artis tempatan yang merupakan antara peminat tegar melakukan yoga:
1. Nora Danish
Pelakon jelita Nora Danish yang sudah mencecah usia 40 tahun tetap kelihatan menawan.
Nora mengamalkan gaya pemakanan dan aktiviti sihat termasuk pengambilan makanan organik selain melakukan senaman yoga.
2. Atilia Haruon
Anak kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan, Atilia Haron ini boleh digelarkan sebagai ‘ratu yoga’.
Masakan tidak, penyanyi lagu Bahagiaku itu merupakan seorang guru yoga dan memiliki pusat yoga sendiri di Damansara Perdana dan Seksyen 3, Shah Alam.
3. Thanuja Ananthan
Bekas Ratu Cantik Malaysia 2009/2010, Thanuja Ananthan juga antara salah seorang pengamal tegar yoga.
Si cantik ini mengakui amalan senaman tersebut banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh dan minda.
4. Diana Danielle
Ibu kepada dua cahaya mata ini turutt tidak ketinggalan mengamalkan senaman yoga.
5. Siti Saleha
Aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha antara yang tidak terkecuali melakukan aktiviti yoga.
Baginya, senaman ini boleh dijadikan sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan.
Selain yoga, Saleha juga melakukan beberapa senaman fizikal lain seperti tekan tubi dan bangun tubi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram