SURIA FM naik 'ranking', muncul stesen radio nombor 3 teratas


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Nov 2022

DJ Lin (lima dari kiri) bersama penyampai radio Suria FM.

SURIA FM melakar sejarah dengan menjadi radio nombor tiga tertinggi dengan mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 140,000 pendengar melibatkan lima stesen radio berbahasa Melayu dalam negara.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali dengan DJ Lin berkata, keputusan kajian kali ini mencatatkan jumlah pendengar mingguan tertinggi di Suria berbanding kaji selidik sebelumnya dari Wave 2, 2014 sehingga Wave 1, 2022.

Poster Rating Suria (1)

"Usaha, komitmen, formula dan fokus yang tinggi yang diberikan oleh warga Suria telah berjaya menarik lebih 3.5 juta pendengar sekaligus meletakkan Suria FM di kedudukan ketiga teratas.

"Kami juga mencatatkan peningkatan pendengar mingguan dan pendengar eksklusif tertinggi di antara stesen radio berbahasa Melayu komersial," katanya.

Menurut DJ Lin, kejayaan itu didedikasikan istimewa buat semua pendengar Suria FM yang sentiasa menyokong dan menjadikan Suria FM radio pilihannya.

Tambahnya, misi Suria FM seterusnya untuk mendaki ke tangga kedua sekali gus muncul stesen radio nombor satu bagi keputusan yang mendatang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram