Ini perkara yang perlu dan tidak boleh dilakukan semasa hari mengundi


  • Politik
  • Jumaat, 18 Nov 2022

Pastikan diri sudah bersedia sepenuhnya untuk melancarkan proses membuang undi pada PRU15.

BERBAKI sehari saja lagi, seluruh rakyat yang berusia 18 tahun ke atas akan menjalankan tanggungjawab untuk membuang undi pada Sabtu.

Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lima tahun sekali dan PRU ke-15 (PRU15) kali ini sangat dinantikan ekoran situasi politik yang tidak stabil.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Dalam keterujaan untuk turun mengundi pada Sabtu, berikut Majoriti senaraikan apa yang perlu dilakukan dan dielak semasa hari mengundi:

Buat semakan daftar pemilih

Untuk memastikan kelancaran untuk membuang undi, buat semakan daftar pemilih di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan.

Perkara itu penting untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran dan terbaharu, masa keluar mengundi yang digalakkan.

Masa mengundi itu adalah untuk memastikan pengundi tidak datang secara serentak yang akhirnya menjadikan masa membuang undi menjadi lama.

Jangan terburu-buru

Jika mahu turun awal untuk ke pusat mengundi, pastikan diri juga sudah bersedia awal termasuk bersarapan dan sebagainya.

Situasi beratur di pusat mengundi adalah perkara biasa dan tenaga adalah sangat penting.

Bawa semua pengenalan diri yang diperlukan oleh petugas pusat mengundi untuk tujuan pengesahan.

Menurut SPR, dokumen yang perlu dibawa ialah kad pengenalan diri/ pasport/ lesen memandu/ dokumen pengenalan sementara/ resit laporan kehilangan kad pengenalan.

Brief Caption: Cars parking in the walk way at the road side at Island Glades in Penang.( Aug 14, 2022 )— LIM BENG TATT/The Star

Atur pergerakan untuk memudahkan urusan membuang undi.

Atur pergerakan

Jika satu keluarga mengundi di tempat yang sama, boleh bergerak dengan menggunakan kenderaan sama untuk memudahkan pergerakan.

Disebabkan jumlah yang turun mengundi ramai, kawasan parkir kenderaan akan padat dan berkongsi kenderaan boleh membantu untuk memudahkan urusan mengundi.

Pakai pakaian yang sesuai

Pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan urusan rasmi yang ingin dilakukan.

Pastikan juga pakaian atau apa sahaja yang diperagakan di badan tidak melambangkan mana-mana simbol parti politik yang bertanding.

WhatsApp Image 2022-11-17 at 8.00.25 PM (1)

Jangan mengenakan pakaian yang melambangkan parti politik. — Agensi

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan bahawa sesiapa yang ditangkap memakai pakaian yang tertera nama atau simbol calon boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954).

Undang-undang juga melarang pengundi memasuki 50 meter dari mana-mana tempat mengundi sambil memakai pakaian yang tertera nama calon atau lambang atau simbol parti politik.

Jangan buat rawatan kuku

Ini perkara yang mungkin pelik tetapi perlu diikuti kerana sistem mengundi kita memerlukan kita mencelup jari ke dalam dakwat khas sebagai tanda sudah mengundi.

Risau menjadi masalah jika rawatan kuku atau jari yang kita lakukan mengakibatkan dakwat tidak melekat di jari.

The long queue of voters waiting outside the voting centre of Komplaks 3K Seri Kembangan to cast their votes for the Serdang Parliamentary constiuency on Sunday, 5 May 2013. Brian Moh/The Star.

Bawa payung ekoran cuaca hujan yang melanda negara.

Sediakan payung sebelum hujan

Memandangkan negara sering dilanda cuaca hujan ketika ini, adalah lebih baik jika pengundi bersedia membawa payung.

Cuma seperti pakaian, jangan gunakan payung yang mempunyai simbol parti atau yang mempunyai perkataan yang menyokong mana-mana parti.

Semak kertas undi dan patuhi prosedur

Setiap kertas undi cop pengesahan dan nombor siri. Pastikan kertas undi anda tidak koyak dan dicetak dengan tidak betul.

Minta bantuan pegawai SPR jika undi anda mempunyai sebarang penyelewengan.

10 langkah pengundian pru15

Gambar rajah di atas adalah prosedur betul untuk membuang undi seperti yang ditetapkan SPR. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram