Gosip terlerai lepas 20 tahun, 5 selebriti pernah cetus skandal cinta bersama ahli politik


  • Hiburan
  • Ahad, 06 Nov 2022

Ziana Zain antara selebriti yang pernah digosipkan dengan Najib Razak.

GOSIP percintaan antara selebriti dengan orang politik bukan baharu dalam negara. Malah, ada yang berakhir hingga ke jenjang pelamin.

Namun, ada juga khabar mengaitkan ahli politik dengan artis sekadar berita palsu yang dicetuskan untuk mencalarkan imej seseorang.

Bersempena dengan kehangatan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang memasuki fasa berkempen sejak Sabtu, Majoriti senaraikan lima selebriti yang pernah digosipkan dengan ahli politik.

WhatsApp Image 2022-11-05 at 10.50.35 PM

Zahida Rafik

Kejelitaan yang dimiliki Zahida Rafik membuatkan namanya sering dikaitkan dengan individu berstatus VIP.

Pada 2010, pelakon berdarah kacukan Malaysia-Pakistan itu pernah dikaitkan dengan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dan didakwa sudah bernikah di London, England.

Namun, khabar tersebut dinafikan pelakon filem Mami Jarum itu yang menganggap dakwaan tersebut hanya menyusahkan dirinya kerana perlu dijelaskan khususnya kepada ahli keluarga terdekat.

MAYA-COVERR-1-KOS-TGSUZANA

Maya Karin

Bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam ini juga antara pelakon yang pernah dikaitkan dengan ahli politik.

Pada awal tahun ini, Maya Karin dikatakan menjalin hubungan dengan seorang ahli politik yang berpotensi di negara ini.

Maya mengakui mempunyai hubungan rapat namun bukanlah seperti yang didakwa. Malah, dia sendiri tidak menolak mempunyai ramai kenalan politik.

Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira pada Oktober lalu terpalit dengan dakwaan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kontroversi itu bermula dengan ciapan seorang pengguna Twitter yang mendakwa mereka sudah berkahwin.

Selain Erra, perkara itu turut dinafikan oleh Ahmad Faizal yang bertanding untuk PRU15 di Parlimen Tambun.

Ziana Zain

Gosip hubungan antara penyanyi dan pelakon, Ziana Zain dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah bertebaran sejak 20 tahun yang lalu.

Namun pada April tahun lalu, penyanyi lagu Madah Berhelah itu mendedahkan yang semuanya hanyalah satu khabar angin.

Pendedahan itu juga dimuat naik Najib di media sosialnya serta menganggap satu lagi tohmahan jahat terhadapnya sudah terjawab.

WhatsApp Image 2022-11-05 at 10.51.18 PM

Nora Ariffin

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin pula pernah dikaitkan bakal mendirikan rumah tangga dengan ahli politik berstatus Menteri pada Mei tahun lalu.

Gosip itu turut menyatakan yang penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu sudah bernikah dengan ahli politik di Selatan Thailand.

Namun, perkara itu dinafikan Nora yang kemudiannya berkahwin dengan seorang pensyarah kanan, Dr Rushdi Ramli pada hujung tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram