Tersebar 'surat akujanji' calon Umno PRU15 wajib sokong Zahid Hamidi jadi PM, ini jawab BN


  • Politik
  • Rabu, 02 Nov 2022

Shamsul Anuar memaklumkan 'surat akujanji' calon Umno dalam PRU15 yang tular di media sosial sebagai palsu.

SITUASI menjelang penamaan calon pada 5 November depan nampaknya semakin hangat apabila muncul surat akujanji calon Umno untuk kekal menyokong presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi surat akujanji yang tertera nama Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebagai calon Parlimen Lenggong dalam PRU15, dia perlu menyokong Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat juga poin yang menyatakan bahawa calon Umno dalam PRU15 perlu menyokong dan mendesak kerajaan yang dibentuk untuk menggugurkan kes mahkamah melibatkan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Malah, calon juga perlu mendesak kerajaan untuk menggugurkan semua siasatan yang melibatkan kepimpinan Umno dan BN.

WhatsApp Image 2022-11-02 at 11.28.28 PM

Surat akujanji calon Umno dalam PRU15 untuk menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri yang tular di media sosial. — Facebook

Helain seterusnya surat itu juga turut memaparkan tanda tangan Shamsul Anuar, Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan surat akujanji yang tular ketika ini sebagai palsu.

"Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan Umno dan BN diketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

"Mohon rakyat Malaysia yang mendapat akujanji ini tidak terpengaruh dengannya. Saya amat kesal dengan permainan politik sebegini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, warganet menganggap jika benar surat itu dibuat, itu menunjukkan yang Ahmad Zahid berada dalam keadaan terdesak.

"Terdesak sangat dah. Dia dah susun satu persatu daripada meminda perlembagaan Umno supaya pemilihan dibuat selepas PRU.

"Dia desak Datuk Seri Ismail Sabri buabarkan parlimen. Dia cantas penentangnya yang dianggap pengkhianat dan ini pula akujanji untuk menyokong dia menjadi Perdana Menteri," kata Joe Lie. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram