Cantik tapi seram, 5 heroin jelita pernah pegang watak hantu


  • Hiburan
  • Khamis, 06 Okt 2022

Lima heroin filem tempatan yang pernah memegang watak sebagai hantu.

FILEM bergenre seram kalau tiada kelibat hantu memang tidak sah. Semestinya solekan hodoh dan mekap tebal yang mengerikan akan disolek kepada pelakon untuk menambah ketakutan kepada penonton.

Bukan senang tau nak membawa watak hantu. Jangan ingat muka dah lawa, tidak akan diberikan watak hantu.

Ramai sebenarnya heroin yang jelita tetapi diberikan watak hantu tak kisahlah sama ada di zaman muda atau dah tua.

Berikut Majoriti senaraikan lima heroin wanita yang pernah membawa watak sebagai hantu dalam filem.

Majlis tayangan eksklusif filem  DUKUN -  Faizal Hussien, Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Elyana. AHMAD ZAMIR/THE STAR

Umie Aida

Kekal jelita hingga kini walaupun usianya hampir mencecah setengah abad, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali antara heroin tempatan yang cukup terkenal.

Dua kali memenangai anugerah Pelakon Wanita terbaik menerusi filem Embun (2002) dan Dukun (2018), Umie Aida pernah membawakan watak hantu.

Umie Aida melakonkan watak sebagai hantu menerusi filem Puaka Tebing Biru pada 2007.

Juliana Banos menerusi filem Gila Gila Pengantin Remaja.

Selain menyanyi, Juliana Banos juga turut dikenali sebagai seorang daripada heroin filem tempatan.

Menerusi kerjayanya, Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Azman Banos telah berlakon empat kali dalam filem.

Menariknya, watak pertamanya dalam filem adalah sebagai hantu menerusi filem Pontianak Menjerit yang ditayangkan pada 2005.

1480328

Fasha Sandha

Siapa yang tidak kenal dengan heroin filem dan dramatis popular, Fasha Sandha yang masih kekal aktif sehingga kini.

Selain sering membawa watak wanita malang, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan juga pernah membawakan watak hantu.

Watak tersebut ialah sebagai hantu pokok pisang dalam filem Sini Ada Hantu yang ditayangkan pada 2011.

Noor Kumalasari melakonkan watak hantu dalam filem Misteri Rumah Tua.

Nama Noor Kumalasari sudah dianggap sebagai seorang daripada pelakon legenda yang ada dalam negara.

Selain mempunyai rupa paras yang jelita, Noor Kumalasari atau nama sebenarnya, Noor Kumalasari Mohamed Taib juga pernah melakonkan watak hantu.

Menariknya, watak Salmi yang dibawakannya dalam filem Misteri Rumah Tua yang ditayangkan pada 1987 tidak memerlukannya untuk disolek menjadi hantu.

Sebaliknya, hanya dengan ekspresi muka sudah cukup menyebabkan penonton berasa tahap seram yang melampau.

Maya Karin has started workout sessions on her Instagram during this MCO period. Photo: Art Chen/The Star.

Maya Karin

Sebut sahaja nama Maya Karin, pasti terlintas di kepala dengan wataknya sebagai pontianak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Menariknya, walaupun membawakan watak hantu, Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berjaya menerima anugerah menerusi wataknya itu.

Dia berjaya meraih anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi Pesta Filem Asia Pasifik ke-49 pada 2004. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram