TULAR satu video kejadian rompakan melibatkan seorang lelaki bertopi keledar yang berhenti untuk membeli barangan di sebuah kedai runcit pada Ahad.
Berdasarkan video berdurasi satu minit 46 saat itu, suspek pada mulanya kelihatan bertanya sesuatu kepada seorang peniaga wanita.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Kongsi Segala Info, selepas bertanya kepada mangsa, suspek mula mencari barangan yang hendak dibeli di dalam kedai terbabit.
Ketika kejadian, selepas mendapatkan barangan yang hendak dibeli suspek mula membuat pembayaran di kaunter.
Namun ketika mangsa sedang leka untuk memberikan baki wang, suspek dengan pantas mengambil barangan yang dipercayai tablet di kaunter berkenaan.
Meskipun cuba untuk menghalang, wanita berkenaan akhirnya terpaksa berputih mata akibat gagal menghalang suspek terbabit yang bertindak memecut menunggang motosikal meninggalkan kawasan tersebut.
Tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar kejadian tersebut.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai berang akan tindakan suspek terbabit.
"Fizikal sihat dan elok pergilah cari kerja yang halal, ini hidup untuk menyusahkan orang sahaja," kata Jefri Ayunie.
"Ini kalau dapat dekat aku, memang lama dah lunyai tak ada kerja ke menyusahkan hidup orang lain," ujar Mohd Endek.
"Makin menjadi-jadi kes samun ini, masalahnya dekat kawasan aku pun dah banyak jadi macam ini," jelas Azmie Noon.
Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram