MACAM kecoh sekampung apabila orang ramai dikejutkan dengan kejadian sebuah kenderaan motosikal yang bergerak tanpa pemandu di sebuah jalan di Indonesia baru-baru ini.
Motosikal jenis Honda Supra itu dilihat berlalu dengan pantas sambil disaksikan beberapa pemandu lain yang berada di lokasi kejadian dan situasi itu meninggalkan tanda tanya kepada seluruh warganet yang menyaksikan rakaman video tersebut.
Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di laluan berkenaan, video itu kemudiannya dikongsikan di laman Instagram dan tular dalam kalangan netizen.
Berdasarkan video itu, penunggang motosikal lain yang berada di lokasi berkenaan seakan tidak percaya melihatkan insiden tersebut.
Rata-ratanya dilihat menoleh ke belakang untuk meninjau pergerakan motosikal terbabit sebaik kenderaan itu bergerak melepasi mereka.
Dua orang penunggang wanita juga dilihat cukup teruja dengan insiden itu apabila menoleh dan menunjuk ke arah motosikal berkenaan ketika berhenti di simpang jalan.
Menerima lebih 400,000 jumlah tontonan, warganet turut meninggalkan komen berhubung video tersebut.
Ftrrohman berpendapat, motosikal itu bergerak laju tanpa pemandu seperti model kereta Tesla yang canggih.
"Motosikal Honda Supra seperti model Tesla, boleh bergerak sendiri dan lebih murah berbanding model yang lain,” katanya.
"Kalau dilihat daripada kaca mata, motosikal itu bergerak dengan sangat lagu tetapi selepas dilihat semula, ada kemungkinan ia dipandu oleh jin,” jelas alexander110420.
"Itu pastinya model terbaharu keluaran Honda yang masih belum dilancarkan, ayuh dapatkan segera dan boleh ditempah sekarang," tambah renmardm. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram