Usia lebih separuh abad tapi awet muda, apa rahsia 5 selebriti ini


  • Hiburan
  • Ahad, 25 Sep 2022

Lima selebriti yang masih kekal awet muda walaupun sudah berusia lebih separuh abad.

LUMRAH bila usia dah mencecah separuh abad, kedutan di wajah dan fizikal yang mula terbatas ekoran sakit sendi dan sebagainya akan mula dialami.

Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 60 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.

Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih bertenaga dan masih mampu nak bergelar teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas.

Agaknya apa rahsia mereka dapat kekal awet muda? Mesti ramai yang cemburu. Berikut Majoriti senaraikan lima selebriti tempatan yang kekal muda walaupun sudah berusia lebih 50 tahun.

WhatsApp Image 2022-09-24 at 8.39.34 PM

Maria Farida bersama anaknya yang kini berusia 25 tahun.

Maria Farida (53 tahun)

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida.

Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995.

Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan.

Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!

5263E884-3835-4F86-9D45-701638006BD8-780x470

Nasha Aziz kini sedang dilamun cinta dengan seseorang.

Nasha Aziz (51 tahun)

Nasha Aziz atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz merupakan seorang pelakon dan digelar sebagai Supermodel Malaysia.

Bukan sahaja jelita, Nasha juga berbakat dalam dunia lakonan dan pernah menggondol anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 27 menerusi filem Trauma.

Sama seperti Maria, rahsia awet muda yang diamalkan Nasha adalah menjaga pemakanan, mengawal emosi dan sentiasa mengutamakan kesihatan mental.

Untuk yang tak tahu, Nasha sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Faizal Husein pada 1995 dan itu juga merupakan hubungan cinta paling lamanya iaitu selama 12 tahun.

WhatsApp Image 2022-09-24 at 8.53.32 PM

Faizal Hussein masih aktif berlakon filem hingga kini.

Faizal Hussein (55 tahun)

Sehingga kini, masih ramai yang tidak boleh lupa dengan hero filem Gila-Gila Remaja ini.

Malah, yang belum lahir ketika filem itu ditayangkan pun kenal dengan watak Roy yang dibawakan Faizal.

Mula berlakon pada 1972 menerusi filem Darah Panglima, khidmatnya sebagai pelakon masih ditagih dan untuk tahun depan, ada tiga filemnya yang bakal ditayangkan.

Rahsia Faizal mengekalkan awet mudanya adalah dengan mengamalkan minum air kosong dan sentiasa menjaga waktu tidur.

WhatsApp Image 2022-09-24 at 9.02.09 PM

Wajah Sheila Majid ketika berusia 55 tahun masih nampak muda.

Sheila Majid (57 tahun)

Penyanyi kecil molek, Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini.

Bakat Shiela mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan penyanyi itu mengambil masa selama tiga tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru.

Selain menyanyi, Sheila juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan dan membawa watak Tipah. Dialog 'Tipah tertipu bang, tipah tertipu' cukup diingati sehingga dijadikan lagu oleh kumpulan Ruffedge.

Tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam menjadi rahsia awet muda yang diamalkan Ratu Jazz ini.

1737373

Nama Rosyam Nor baru-baru ini menjadi sebutan kerana salah faham berkaitan kenyataannya yang didakwa menjatuhkan martabat wanita.

Rosyam Nor (55 tahun)

Kalau tak kenal dengan nama Datuk Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, memang anda seorang yang langsung tidak mengikuti perkembangan industri seni negara.

Diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai pelakon yang paling banyak menerima anugerah, mustahil ada yang tidak kenal dengan figura ini.

Rosyam memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam filem Gila-Gila Remaja sebelum berkembang menjadi penerbit, pengacara dan ahli perniagaan.

Rosyam pernah memaklumkan rahsia awet mudanya ialah dengan mengamalkan minum jus durian belanda dan melakukan aktiviti seperti berkebun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram