Mahu Brendan Gan dapat 'pair' serasi, anak Pahang sandaran penyokong di final Piala Raja Thai


  • Podium
  • Ahad, 25 Sep 2022

Aksi Azam ketika mengawal penyerang Thailand, Supachok Sarachat. — Facebook/ FAM

SKUAD Harimau Malaya akan turun beraksi di pentas akhir Piala Raja Thai ke-48 bertemu Tajikistan di Chiang Mai, Thailand pada Ahad.

Sebelum ini skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand di hadapan ribuan penyokong mereka menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan itu, pemain tengah kebangsaan, Nor Azam Azih dilayangkan kad merah di minit akhir perlawanan yang mana memberi peluang Thailand menyamakan kedudukan menerusi tandukan.

Dengan layangan kad merah oleh pengadil perlawanan, sekali gus meranapkan impian Azam untuk kekal beraksi dalam perlawanan dan membuka ruang buat pemain lain mengisi kekosongannya.

308117708_5837923872938937_8147711068098116226_n

Azam dilayangkan kad merah di minit akhir perlawanan yang mana memberi peluang Thailand menyamakan kedudukan menerusi tandukan. Facebook/Changsuek

Nazmi Faiz yang mempunyai pengalaman luas dalam perlawanan antarabangsa pasti menjadi pilihan utama Pan-gon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azam bagi perlawanan akhir nanti.

Namun tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata penyokong Harimau Malaya mahukan pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi diberi peluang membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan pada perlawanan akhir nanti.

"Harap-harap Pan-gon pilih Mukhairi sebab dia dah biasa pair dengan Brendan Gan dekat Selangor, lagi pun dia punya performance sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi," kata Izuddin Busro mengenai anak kelahiran Sungai Lembing, Pahang itu.

"Tak tahu nak pilih yang mana sebab Nazmi jarang main takut lack of fitness pula, tapi apa-apa pun semoga yang terbaik buat Harimau Malaya," jelas Muhd Rafiq.

"Kesebelasan utama yang lawan Thailand hari itu dah padu, cuma tempat Azam boleh ganti dengan Mukhairi Ajmal," luah Arif Amirul.

muk_1655525863

Mukhairi menjadi pilihan penyokong Harimau Malaya untuk bergandingan bersama Brendan Gan bagi perlawanan akhir nanti. Agensi

Mukhairi memiliki kepantasan, teknik dan penyudah yang baik dan bertindak sebagai playmaker bagi pasukan Selangor FC dalam perlawanan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 20 tahun ini turut menjadi kapten skuad bawah 23 kebangsaan bagi kejohanan Piala Asia B23 pada Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram