PERBUATAN jijik seorang lelaki melakukan onani di dalam kereta dikecam ramai susulan kelakuannya itu terlihat menerusi pintu kereta yang tidak ditutup rapat.
Menerusi video berdurasi 38 saat tersebut, kelakuan tidak senonoh itu dirakamkan di sebuah pasar raya Alfamart berhampiran Mappaodang, Kota Makassar, Indonesia.
Meskipun rakaman tersebut diambil dalam ruangan yang sempit, si perakam bertindak merapatkan lensa kamera bagi mendapatkan imej serta paparan lebih jelas.
Difahamkan, ia bukanlah kejadian kali pertama apabila lelaki tersebut dilaporkan pernah melakukan perkara serupa di lokasi berkenaan sebelum ini.
Meskipun jalan raya agak sesak dengan kenderaan, individu tersebut dilihat tidak mempedulikan situasi semasa apabila masih melakukan perbuatan onani di dalam keretanya tanpa henti.
Meskipun perbuatannya itu boleh ditangkap dan didakwa, namun kejadian terbabit tidak dihentikan oleh mana-mana pihak ataupun orang awam yang berada di situ.
Turut mengundang persoalan, lelaki tersebut difahamkan menutup pintu keretanya sejurus tamat melakukan onani.
Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan kecaman susulan video jijik itu.
“Dua kali kejadian itu berlaku di tempat yang sama dan pintu seperti sengaja dibiarkan terbuka sedikit, apa tujuan lelaki itu berbuat sedemikian,” kata alexalex32506.
“Manusia kalau dah gian dan tak tahan di mana-mana pun boleh melakukan perbuatan onani, di tepi jalan raya yang sibuk pun boleh,” jelas mw.lana.8719.
“Kereta mewah tapi pemilik tiada otak, kenapa perlu onani di dalam kereta dan pintu sengaja tidak ditutup rapat,” tambah yudiamimi.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa ataupun tidak berhubung kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram