Penulis lirik Isabella, Bob Lokman meninggal dunia


  • Hiburan
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Bob Lokman disahkan meninggal dunia pada usia 58 tahun di Kelantan.

PENULIS lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman disahkan meninggal dunia pada usia 58 tahun kira-kira pukul 2 petang pada Jumaat.

Perkara itu disahkan anaknya, Han Kabir yang turut memaklumkan Allahyarham bapanya meninggal dunia di Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Han, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Hilir, selepas Isyak hari sama.

Pada 22 Jun lalu, media melaporkan yang tahap penggunaan jantung Allahyarham Bob Lokman hanya tinggal 10 peratus.

Ketika itu, Allahyarham memaklumkan yang dia bergandung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Untu rekod, penulis lirik lagu Isabella itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, sejak 1 Oktober tahun lalu.

Pada April lalu, Bob Lokman terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram