Corak permainan berterabur Azam Azih dipertikai, Sri Pahang pula jadi 'point finger'


  • Podium
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Azam Azih diperintahkan keluar padang kerana menerima dua kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya sebelum Thailand mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti dan menyamakan kedudukan.

PEMAIN tengah kebangsaan, Nor Azam Azih menjadi mangsa kecaman penyokong bola sepak tanah air berikutan kesilapan yang dilakukannya pada penghujung perlawanan sehingga dilayangkan kad dalam aksi Piala Raja Thai menentang pasukan tuan rumah, Thailand, pada Khamis.

Bermula dengan memberi komen negatif di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga ke Instagram miliknya, penyokong kekal mempersoalkan kesilapan yang dilakukan oleh tonggak Sri Pahang FC itu.

Kem Harimau Malaya hampir gigit jari selepas Azam Azih diperintahkan keluar padang kerana menerima dua kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya dan Thailand mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti sehingga menyebabkan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Pansa Hemviboon.

Tempias itu turut dikenakan kepada pasukan yang diwakili Azam Azih, skuad Tok Gajah berikutan kesilapan dan prestasi kurang memuaskan yang diberikan oleh pemain berusia 27 tahun tersebut.

“Kadang nak tanya Azam Azih ini. Tidak akan sudah banyak main di liga tapi stamina masih kurang memuaskan. Adakah kelab tidak pantau stamina pemain mereka.

“Sebagai pemain profesional, sepatutnya boleh main penuh 90 minit. Kecergasan wajib tinggi. Itu kewajiban bukan keperluan. Kau dah tahap profesional maka tahap kecergasan kena profesional. Macam Corbin Ong. 90 minit lebih tapi boleh main lagi. Tak penat,” komen penyokong, Ibnu Haris.

main home

Kesebelasan utama Harimau Malaya sewaktu menentang Thailand pada Khamis. — Facebook/FAM

Bagaimanapun, ada juga penyokong yang mempersoalkan mengapa Azam Azih diturunkan sebagai kesebelasan utama kerana dia difahamkan masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Terdahulu media melaporkan, pemain tengah itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya masih lagi menanggung kesakitan akibat kecederaan lutut sejak 2017 hingga menyebabkan prestasinya sejak kebelakangan ini kurang menyerlah.

Dalam pada itu, memberi respons terhadap kecaman orang ramai itu, Azam Azih tampil meminta maaf menerusi laman Instagram miliknya dan menerima segala komen-komen penyokong sama ada berbaur positif mahupun kata-kata negatif.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai itu, skuad kendalian Kim Pan-gon mara ke pentas final bertemu Tajikistan selepas berjaya memenangi penentuan sepakan penalti apabila menang dengan 5-3, selepas kedua-dua terikat 1-1 dalam masa sebenar.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram