PERSEMBAHAN memukau penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed layak diiktiraf aksi bertaraf dunia apabila membantu Harimau Malaya menewaskan Thailand pada Piala Raja Thai, pada Khamis.
Corbin Ong terlebih dulu muncul wira negara dengan menjaringkan gol pendahuluan dan penentuan sepakan penalti sebelum Ahmad Syihan menyelamatkan sepakan ketiga pemain tuan rumah, Supachok Sarachat untuk menang 5-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, Thailand.
Kecemerlangan penjaga gawang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi berkenaan membuatkan ramai bersetuju dengan pilihan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang memilih Ahmad Syihan sebagai penjaga gol utama, selain menggugurkan penjaga gol Johor Darul takzim (JDT), Farizal Marlias pada kejohanan jemputan empat penjuru itu..
Malah, aksi Ahmad Syihan menggagalkan tiga peluang terbaik Thailand pada masa sebenar 90 minit perlawanan juga melonjakkan lagi ‘saham’ dan sekali gus mengaitkan perpindahan pemain berusia 26 tahun itu ke kelab besar tanah air.
Antara kelab besar tanah air yang semakin hampir mendapatkan khidmat Ahmad Syihan ialah JDT dan ramalan itu semakin tepat dengan dirinya mengambil posisi Farizal dalam pasukan kebangsaan.
Kejayaan Ahmad Syihan menjaga benteng negara membuktikan bahawa dia layak menjadi penjaga gol utama skuad kebangsaan. — Facebook FAM
Prestasi Farizal Marlias sejak kebelakangan ini semakin dibicarakan dan kebanyakan penyokong Harimau Selatan menginginkan Ahmad Syihan menggantikan penjaga gol JDT tersebut.
Meskipun Ahmad Syihan dikhabarkan telah ditawarkan kontrak lanjutan untuk kekal bersama NSFC musim depan, ia tidak mengekang sembang-sembang di kedai kopi dalam kalangan peminat JDT supaya mendapatkan tandatangannya.
“Sebelum ucap selamat datang ke JDT kepada Syihan, Dion, Darren dan Khuzaimi. Aku ucap tahniah dulu kepada Melaka United sebab dapat Farizal sebagai penjaga gol baharu dan Aidil, Sumareh musim depan,” dakwa seorang penyokong Harimau Malaya, Uchiha Lufy.
“Hati-hati JDT sedang mencari pengganti Farizal sedang mencari pengganti Farizal itu. Sebab itu Syihan perform, sudah ada tanda-tanda ada itu,” tulis penyokong, Aizat Osman.
“Selamat datang ke JDT. Gaji banyak tak sangkut tiap-tiap bulan. Fasiliti bertaraf dunia. Dion Cools dan Syihan,” komen Mohanep Parman.
Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan Ahmad Syihan menafikan bahawa menerima tawaran daripada JDT selaku juara bertahan Liga Super.
Menurutnya, dia ada mendapat beberapa tawaran daripada pelbagai kelab tetapi masih belum membuat keputusan lagi kerana mahu menumpukan perhatian kepada majikan semasa iaitu skuad Jang Hobin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram