Waspada, e-juice vape guna perisa kek bawa musibah


  • Sihat
  • Ahad, 07 Ogos 2022

Penggunan dos nikotin dalam cecair vape yang berlebihan melebihi had yang sepatutnya boleh menyebabkan kerosakkan paru-paru.

JUALAN cecair rokok elektronik atau vape yang lebih dikenali dengan nama e-juice berperisa yang tidak dipantau di negara ini adalah membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia digunakan secara meluas terutama dalam kalangan golongan muda dan perokok tegar yang mahu berhenti daripada tabiat buruk itu.

Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, penjualan e-juice yang tidak mempunyai label dan bahan yang digunakan boleh mendatangkan bahaya.

“Perokok beralih daripada rokok kepada vape kerana menganggap ia lebih sihat, tetapi industri yang tidak dikawal tetap tidak selamat.

“Contohnya vape ini ada dua jenis, iaitu 'close vape' yang merujuk kepada vape yang sudah diisi cecair dengan perisa tersendiri.

“Selain itu 'open vape' pula merujuk kepada rokok elektronik yang yang boleh diisi dengan e-juice yang pelbagai perisa,” katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-08-06 at 13.33.02

Dr. Sharifa berkata perokok beralih daripada rokok kepada vape kerana menganggap ia lebih sihat, tetapi industri yang tidak dikawal tetap tidak selamat.

Jelasnya, berbicara tentang 'open vape' ini maknanya siapa-siapa sahaja boleh buat dan kini menjadi trend berbahaya yang banyak berlaku di Malaysia sekarang.

"Penjualan e-juice yang tidak mengikut piawaian ditetapkan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.

“Penjual dan pembekal boleh buat sendiri e-juice itu di rumah menggunakan bahan yang mudah didapati seperti perisa vanilla, strawberi dan macam-macam lagi.

“Kalau ikutkan perisa itu untuk membuat kek tapi ada yang buat e-juice dan ia tentunya boleh memudaratkan pengguna,” katanya.

Penjualan e-juice yang tidak mengikut piawaian ditetapkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius — The Star

Penjualan e-juice yang tidak mengikut piawaian ditetapkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius — The Star

Beliau berkata, negara maju seperti United Kingdom (UK), Australia, New Zealand dan Jepun, kerajaannya membenarkan penggunaan vape ini sebagai terapi yang digunakan membantu orang berhenti merokok.

Begitupun katanya, penguatkuasaan vape di negara-negara berkenaan lebih tegas selain e-juice yang dijual di sana juga mempunyai standard khas yang telah dikuatkuasakan.

“Contoh kalau di Eropah pengeluaran e-juice harus melalui badan kesihatan seperti The European Medicines Agency (EMA) yang akan memantau penghasilan bahan tersebut seperti kandungan nikotin, bahan yang dicampur dan sebagainya,” jelasnya.

WhatsApp Image 2022-08-06 at 18.40.03

Kandungan nikotin yang tinggi dalam cecair vape boleh menyebabkan ketagihan — Agensi

Pada masa sama, Dr. Sharifa juga bimbang penggunaan vape ini akan disalah guna oleh golongan remaja kerana ia akan menyebabkan ketagihan.

“Remaja akan mudah menjadi ketagih untuk menghisap vape sekiranya ada kandungan nikotin dalam cecair vape tersebut.

“Penjual kata tiada nikotin tapi sebenarnya ada sebabnya tiada label khusus pada botol tersebut.

“Malah ada yang berani mencampurkan bahan tersebut dengan bahan terlarang yang lain seperti dadah dan minyak ganja,” katanya.

Nikotin adalah racun berjadual di bawah Akta Racun 1952 dan produk yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi atau doktor berlesen untuk membantu perokok berhenti merokok.

Penggunaan dos nikotin melebihi had yang sepatutnya juga boleh menyebabkan kerosakkan paru-paru.

Menurutnya, individu yang menggunakan vape kebanyakkannya ada masalah kerosakkan paru-paru akibat daripada merokok tanpa mereka sedari.

The Tobacco and Smoking Bill 2022 criminalises the purchase, possession and use of cigarettes or vape, or smoking or vaping, by individuals born from Jan 1, 2007 onwards with a maximum RM5,000 fine or RM2,500 compound.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu perokok untuk berhenti —The Star

“Bila dia bekas perokok dan kemudian beralih kepada vape, kesan itu akan jadi lagi teruk.

“Harus diingatkan vape ni digunakan sebagai terapi untuk berhenti merokok dan kurangkan risiko merokok untuk perokok tegar, jadi tidak perlu guna vape kalau tiada keperluan.

“Terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu perokok untuk berhenti seperti terapi gantian nikotin yang boleh didapati dalam bentuk kunyahan gula-gula getah, sedutan nikotin dan juga tampalan nikotin,” nasihatnya. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram