Hati-hati, ketahui 3 gejala strok dialami wanita


  • Sihat
  • Khamis, 30 Jun 2022

Sakit kepala Migraine yang menyerang wanita antara faktor penyebab strok. — Gambar hiasan

GEJALA strok pada wanita adakalanya tidak dirasai oleh penghidap lelaki.

Menurut laporan Persatuan Jantung Amerika, sebanyak 60 peratus kes kematian akibat strok dialami oleh kaum wanita.

Adakalanya, wanita tidak merasai tanda-tanda penyakit tersebut kerana ia sama dengan masalah kesihatan yang lain.

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wanita lebih terdedah kepada strok berbanding lelaki.

Ini termasuk perubahan dalam hormon wanita, bersalin, kehamilan, kesan sampingan kawalan kelahiran hormon serta sakit kepala kronik yang menyerang wanita.

Menurut VerywllHealth, terdapat beberapa tanda strok yang lebih kerap dirasai oleh wanita berbanding lelaki. Antaranya:

a) Badan letih dan lemah

Serangan strok sering menyebabkan penghidapnya lumpuh atau sebahagian badan lemah sehingga tidak dapat digerakkan.

Namun, kadang-kadang wanita hanya merasakan badan tiba-tiba sangat letih dan lemah.

Keadaan ini berlaku selepas tekanan darah tinggi atau gula dalam darah tinggi.

b) Keliru dan sukar berfikir

Kerosakan otak akibat strok boleh menyebabkan penghidap keliru dan tidak dapat berfikir.

Keadaan ini dipengaruhi oleh peningkatan tekanan dalam otak apabila bahagian otak yang terkena strok membengkak.

Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami strok dan mengalami gejala kekeliruan juga membuang air kecil secara tidak sengaja.

c) Pening dan muntah

Tanda-tanda strok pada wanita yang lazim dan jarang dirasai oleh lelaki adalah loya dan muntah.

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan tekanan dalam otak atau kerosakan pada bahagian otak.

Gejala lain termasuk mual dan muntah yang dikaitkan dengan strok biasanya dan disertai dengan sakit kepala.

Gejala strok biasa

Selain beberapa simptom strok yang biasa dalam kalangan wanita, penghidap lelaki dan wanita umumnya merasakan tanda-tanda serangan penyakit berbahaya ini, seperti:

a) Sukar bercakap secara tiba-tiba, tidak dapat berkomunikasi, atau memahami apa yang orang lain katakan.

b) Muka, lengan atau kaki pada sebelah badan tiba-tiba menjadi lumpuh dan tidak boleh digerakkan.

c) Penglihatan terjejas atau kabur.

d) Sakit kepala yang teruk.

e) Kaku secara tiba-tiba, berkedu atau sawan.

Segera bawa pesakit ke hospital jika anda berdepan simptom strok seperti digariskan kerana setiap minit adalah sangat berharga dan boleh memberi impak kepada proses penyembuhan penyakit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

strok, wanita, Migraine, pening, keliru