Terlalu manis, ini 5 buah-buahan pantang buat pesakit diabetes


  • Sihat
  • Ahad, 26 Jun 2022

Terdapat buah-buahan yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pesakit diabetes disebabkan kandungan gula yang tinggi di dalamnya. — Gambar hiasan

MESKIPUN pesakit kencing manis atau diabetes masih dibenarkan untuk makan buah-buahan, namun terdapat buah-buahan yang tidak boleh diambil secara berlebihan.

Hal ini kerana, ada buah-buahan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

Buah-buahan bermanfaat untuk tubuh kerana ia mengandungi vitamin, mineral, antioksidan dan gula semulajadi yang dikenali sebagai fruktosa.

Bagaimanapun, buah-buahan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi atau indeks glisemik (GI) melebihi 60 atau 70 hingga 100 boleh memburukkan lagi keadaan pesakit diabetes.

Berikut adalah beberapa buah-buahan dengan kandungan gula tinggi, yang boleh memburukkan lagi keadaan diabetes:

1. Tembikai

Simply-Recipes-HT-Cut-Watermelon-LEAD-2-f8927c2391f042e1b57c22d373c6f43c

Buah tembikai mempunyai indeks glisemik yang tinggi buat pesakit diabetes. — Gambar hiasan

Dua keping tembikai mengandungi 5.5 gram karbohidrat, dengan indeks glisemik 76, yang agak tinggi untuk pesakit kencing manis.

2. Nanas

how-to-cut-a-pineapple-image-sq

Nanas antara buah yang mengandungi kadar gula yang tinggi. — Gambar hiasan

Secawan ketulan nanas mengandungi kira-kira 5.5 gram karbohidrat dengan indeks glisemik yang sama seperti tembikai, iaitu 76.

3. Pisang terlebih masak

what-to-do-with-overripe-bananas-info

Pesakit diabetes perlu mengelakkan pisang terlalu masak. — Gambar hiasan

Pisang sebenarnya bagus untuk pesakit kencing manis.

Tetapi anda harus mengelakkan makan pisang yang terlalu masak.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), 100 gram pisang yang terlalu masak mengandungi 20 gram karbohidrat dengan indeks glisemik 70 hingga 100.

4. Buah tin atau buah kering

template - 2022-06-25T203308.787

Buah tin boleh dimakan oleh pesakit diabetes selagi ia tidak manis dan tidak mengandungi gula tambahan. — Gambar hiasan

Seboleh-bolehnya, pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilan buah tin atau buah kering.

Sebabnya, sesetengah buah yang diproses dalam tin atau kering mungkin mengandungi banyak gula tambahan yang digunakan semasa proses pengawetan.

Anda masih boleh makan buah tin atau kering selagi label menyatakan ia tidak manis dan tidak mengandungi gula tambahan.

5. Jus buah-buahan

bottles-of-fruit-juice

Jus buah boleh diambil oleh pesakit diabetes, namun dengan dos kecil dan tanpa gula tambahan. — Gambar hiasan

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), minum jus buah di antara waktu makan boleh meningkatkan paras gula dalam darah berbanding makan buah secara terus.

Pesakit kencing manis masih boleh mengambil jus buah, tetapi dalam dos yang kecil dan tanpa gula tambahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram