Hobi cintakan haiwan? Ketahui 5 cara beri sumbangan kepada badan amal selain derma wang tunai


  • Hobi
  • Khamis, 23 Jun 2022

Menjadi sukarelawan ialah satu lagi cara yang boleh menyumbang jasa kepada badan amal haiwan pilihan anda. — Gambar hiasan/Agensi

ADAKAH anda mencari cara untuk menyumbang kepada badan amal haiwan selain daripada memberi derma wang tunai?

Memetik beberapa perkongsian dari The Star, terdapat alternatif lain yang murah untuk dipertimbangkan apabila anda ingin menyokong usaha badan amal haiwan yang anda sukai.

1. Derma polisi insurans hayat

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menamakan badan amal sebagai benefisiari dalam polisi insurans hayat semasa anda.

Sebagai alternatif, anda boleh menderma polisi berbayar anda terus kepada badan amal, atau anda juga boleh memulakan polisi baharu yang menamakan badan amal anda sebagai pemilik dan benefisiari.

2. Hadiah pelan persaraan

Anda juga boleh menamakan badan amal haiwan kegemaran anda sebagai benefisiari pelan persaraan yang diambil

Terdapat pelbagai faedah antaranya boleh mengelakkan cukai pendapatan dan cukai harta pusaka yang dikenakan ke atas baki yang ditinggalkan dalam akaun persaraan anda dengan menyerahkannya kepada badan amal.

3. Penuhi senarai keinginan

Banyak organisasi kebajikan haiwan mempunyai "senarai keinginan" untuk keperluan mereka.

Selalunya mereka akan berkongsinya di pautan web ke item dalam senarai keinginan mereka supaya anda boleh membeli dengan tepat apa yang mereka perlukan secara dalam talian.

Permintaan derma biasa termasuk barangan seperti tuala, selimut, surat khabar, kolar, rantai, mangkuk makanan dan air, makanan atau makanan haiwan peliharaan yang belum dibuka, mainan, kotak sampah, penyodok, katil dan banyak lagi.

Pastikan anda menyemak senarai hajat organisasi berkenaan benar-benar untuk keperluan khusus mereka sebelum anda menderma.

4. Hadiah masa

Menjadi sukarelawan ialah satu lagi cara yang boleh menyumbang jasa kepada badan amal haiwan pilihan anda.

Terdapat banyak peluang sukarelawan yang boleh anda sertai, termasuk peranan pentadbiran, tugas yang melibatkan pengendalian haiwan, pembantu program dan banyak lagi.

8. Kutipan derma hari jadi

Sebagai ganti hadiah hari jadi, anda juga boleh menganjurkan kutipan derma dalam talian dan meminta rakan dan keluarga untuk membuat sumbangan hari lahir bagi pihak anda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram