
SESEORANG yang mengalami buta warna mengalami kesulitan untuk membezakan warna yang berada di sekitarnya seperti merah dan hijau; serta biru dan kuning.
Namun, adakah kesulitan tersebut boleh dirawat?
Keadaan ini kemungkinan besar terjadi akibat kurangnya pigmen warna dalam mata, sehingga ada beberapa jenis warna yang tidak mampu dikenal pasti oleh mata.
Menurut Colour Blind Awareness, buta warna juga boleh berpunca daripada penyakit tertentu seperti diabetes, multiplesclerosis, genetik serta penggunaan ubat-ubatan.
Sementara itu, doktor pakar mata dari Jakarta Eye Center (JEC) Cinere, Dr Zeiras Eka Djamal, selalunya penyakit itu disebabkan oleh faktor genetik atau bawaan dari lahir.
Jelas Dr Zeiras, sehingga kini masih belum ada rawatan khusus untuk buta warna manakala penyelidikannya mengenai perkara itu masih berjalan sehingga kini.
Bagaimanapun, katanya, penghidap buta warna masih boleh menggunakan beberapa jenis kaca mata yang dicipta untuk membezakan warna walaupun tidak sempurna.
"Pesakit buta warna ada yang hanya buta separuh warna dan ada juga mengalami buta warna secara menyeluruh," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap supaya akan ada rawatan atau terapi yang boleh membantu memulihkan buta warna.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah mendengar penipuan tentang warna yang disebarkan oleh orang tidak bertanggungjawab. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram