Lemau ketika bangun pagi? Ini 6 cara atasinya


  • Sihat
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Seseorang yang kurang waktu tidur mengambil masa lebih lama untuk berasa segar ketika bangun. — Gambar hiasan

BUNYI penggera pagi yang berfungsi mengejutkan tidur, semestinya satu perkara yang membuatkan sesetengah individu berasa malas apatah lagi sekiranya mereka tidak mendapat tidur mencukupi pada waktu malam.

Malah, ada segelintir yang bertindak melewatkan waktu bangun dengan menekan butang 'snooze' atau tangguhkan penggera, sebelum kembali menarik selimut dan tidur semula.

Pakar tidur di Henry Ford Health, Dr Meeta Singh berkata, sekiranya seseorang kurang waktu tidur, mereka mengambil masa lebih lama untuk berasa segar ketika bangun.

"Semasa tidur, aliran darah ke otak berkurangan. Apabila anda bangun, anda akan serta-merta sedar namun tahap kesedaran agak kurang. Semakin lama anda tidur, semakin lama masa diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran atau berwaspada," katanya.

Namun, hanya melakukan beberapa perubahan pada rutin pagi boleh membantu anda berasa lebih bertenaga dan berwaspada apabila loceng penggera berbunyi.

Berikut adalah enam strategi yang dijamin menjadikan pagi anda lebih segar:

1) Tidur

sleep158407581760316005066982161646049753461

Setiap individu disarankan untuk tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap malam. — Gambar hiasan

Sudah semestinya anda perlu tidur. Dr Singh berkata, cara terbaik untuk bangun dengan segar adalah dengan tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk dan damai. Kurangkan alkohol dan kafein beberapa jam sebelum waktu tidur dan tutup semua peralatan elektronik sekurang-kurangnya sejam sebelum anda masuk tidur.

2. Bekerja dengan kitaran tidur anda

morning

Biarkan cahaya masuk ke dalam bilik untuk memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya untuk bangun. — Gambar hiasan

Masa anda untuk celik memerlukan pencahayaan selepas tidur dalam kegelapan.

Biarkan cahaya masuk ke dalam bilik anda dalam beberapa minit bagi memberi isyarat kepada badan anda bahawa sudah tiba masanya untuk bangun.

Bekerja pada waktu malam? Pastikan bilik anda berada dalam keadaan gelap pada waktu siang supaya anda boleh tidur dan tenggelamkan diri anda dalam cahaya semasa berjaga.

3. Pertimbangkan senaman pagi

EVO-2020-PP-AUGUST-Banner_24-1200x675

Senaman selama 10 minit boleh membuatkan anda berasa segar. — Gambar hiasan

Jika anda mempunyai tabiat bangun awal pagi, senaman pagi boleh membantu anda berasa lebih bertenaga.

Senaman bukan sahaja meningkatkan peredaran darah, ia juga menghasilkan hormon yang meningkatkan mood.

Malah, hanya 10 minit pergerakan boleh membuatkan anda berasa lebih segar dan berjaga-jaga.

"Jika melangkau rutin senaman pagi memberi anda satu jam masa tambahan untuk tidur, maka ia lebih bermanfaat berbanding senaman, kata Dr Singh.

4. Bersarapan

Oatmeal-with-berries2

Campuran oat, kekacang dan buah beri adalah antara menu sarapan terbaik yang disyorkan. — Gambar hiasan

Jika menu harian anda adalah kopi dan Krispy Kreme, ia boleh menyumbang kepada kelesuan pagi anda.

Selepas berpuasa sepanjang malam, badan anda memerlukan 'bahan api sebenar', dengan sebaik-baiknya anda boleh mengambil campuran protein, karbohidrat dan lemak.

Ini termasuk oat yang dihiasi kekacang dan buah beri, telur hancur pada roti bakar bijirin penuh atau yogurt Greek rendah lemak dan buah-buahan.

5. Aktiviti gembira

How-Do-Cats-Play-With-Humans-Understand-Their-Actions

Bermain dengan haiwan peliharaan antara perkara yang boleh dilakukan selepas bangun pagi. — Gambar hiasan

Lakukan sesuatu yang anda fikir membawa kegembiraan. Ia sama ada mandi untuk menyegarkan badan, bermain dengan haiwan peliharaan, menikmati secawan kopi atau melibatkan diri anda dalam aktiviti pagi yang memberi tenaga.

6. Jangan tunda penggera

Clock1

Kekerapan menunda penggera akan mengganggu waktu tidur anda. — Gambar hiasan

Dr Singh berkata, tindakan menekan butang penggera berulang kali lebih menyukarkan seseorang untuk terjaga dari tidur.

Malah, perkara itu jika dilakukan secara konsisten mungkin akan menambah waktu tidur selama sejam serta mengganggu waktu tidur selama seminggu.

Oleh itu, cara yang lebih baik adalah dengan menetapkan penggera apabila anda benar-benar perlu bangun dari katil dan jangan tekan butang tunda. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram