Senarai 6 makanan tambahan untuk wanita hamil


  • Sihat
  • Ahad, 22 Mei 2022

Wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat untuk kesihatan diri sendiri dan bayi yang dikandung. — Gambar hiasan/Agensi

SETIAP wanita hamil semestinya memerlukan makanan berkhasiat yang memberi manfaat kepada bukan hanya diri sendiri, malah untuk kesihatan bayi yang dikandung.

Makanan kurang sihat yang dimakan ketika hamil mungkin akan memberi kesan kepada bayi termasuk kematian, tumbesaran si kecil terbantut, kecacatan neurologikal atau kecacatan otak, serta mempengaruhi berat bayi.

Justeru, pakar kesihatan, Dr Zubaidi Ahmad menerusi laman Facebook mencadangkan makanan yang sihat sepanjang kehamilan.

Beliau berkata, cadangan makanan tambahan yang diberikan adalah barakah atau disebut di dalam al-Quran serta sangat bernutrisi.

"Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakkan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berposes," katanya.

Cadangan yang dikemukakan oleh Dr Zubaidi termasuk:

1)KURMA

1247650873

Kurma kaya dengan protien, vitamin dan mineral. — Agensi

Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah dua hingga tiga biji kurma sebagai kudapan.

Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral.

Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. Dua hingga tiga biji sudah memadai.

2)BUAH TIN

3fd6ee06-fd32-4744-b617-8f7c8aaad1a5_43

Kandungan dalam buah tin baik untuk ibu hamil. — Agensi

Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.

Makan buah tin mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolesterol dalam darah.

Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.

3) MINYAK ZAITUN

ilustrasi-minyak-zaitun-2

Terdapat kandungan di dalam minyak zaitun yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi. — Agensi

Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi 'essential fatty acid' yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

4) BUAH DELIMA

download (2)

Buah delima bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim. — Agensi

Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah.

Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.

5)MADU

health-benefits-of-honey-1100x355

Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. — Agensi

Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan daripadanya.

Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.

Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.

6) SUSU

milk

Susu membekalkan tenaga dan nutrisi kepada wanita hamil dan anak dalam rahim. — Agensi

Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.

Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.

Dr Zubaidi mencadangkan minum dua hingga tiga gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram