KIRA-KIRA 25 ekor lembu di Kampung Tempe Sanan, Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia mula dijangkiti penyakit mulut dan kuku.
Di kandang lembu khas untuk penggemukan itu, penternak berkata sejak dua hari lalu, lembu berkenaan mula mengalami gejala penyakit kuku dan mulut ataupun lebih dikenali sebagai FMD.
Akibat dijangkiti FMD, lembu di dalam kandang mula menunjukkan tanda-tanda mulut berbuih.
Selain itu, FMD turut menyebabkan lembu berkenaan enggan makan sehingga pemilik perlu menyuap haiwan berkenaan untuk memastikan lembu-lembu itu berselera.
"Sudah dua hari namun belum yang mati. Sebelum ini sudah dijangka berlaku hal sedemikian," kata Muji, salah seorang penternak.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh penternak agar lembu tersebut kembali sihat.
Bermula dari suntikan oleh Jabatan Penternakan, pemberian pil antibiotik sehingga kepada pemberian ramuan herba tradisional sendiri.
Sehingga kini, tiada kes kematian ternakan akibat FMD namun penternak berharap agar ada usaha daripada agensi berkaitan dalam menangani wabak penyakit mulut dan kuku yang menyerang ternakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram