Cepat bertindak, elak jerawat tinggalkan parut


  • Sihat
  • Selasa, 31 Mei 2022

Kesan jerawat adakalanya membuatkan seseorang individu berasa kurang keyakinan diri. — Gambar hiasan

UMUM mengetahui bahawa jerawat pada kulit seseorang boleh dirawat namun kesannya adalah sebuah mimpi buruk.

Masakan tidak, jerawat yang meninggalkan parut dan kesan hitam akan adakalanya mengganggu tahap keyakinan setiap individu tentu sekali mahukan kulit licin dan 'flawless'.

Pakar kulit dan estetik, Dr Lim Ing Kien menjelaskan, terdapat dua perkara yang bakal berlaku selepas jerawat iaitu kemerahan yang mungkin disebabkan oleh keradangan dan parut.

Kesan kemerahan biasanya akan hilang selepas kira-kira 48 minggu, namun parut akan kekal.

"Lazimnya parut selepas jerawat adalah 59 peratus, bermakna lebih separuh daripada mereka yang berjerawat akan mengalami beberapa bentuk parut jerawat.

"Kajian pada 2014 menunjukkan enam daripada 10 rakyat Malaysia yang berjerawat akan berparut. Jadi, dalam populasi kira-kira 30 juta penduduk di negara itu, 15 juta orang daripadanya berjerawat dan berparut. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Mengapa parut terbentuk?

Terdapat kerosakan kulit terbuka apabila jerawat terbentuk akibat keradangan dan jangkitan kuman.

Rawatan boleh membersihkan jerawat tetapi seseorang mungkin berakhir dengan lubang ternganga pada kulit.

Kini, lapisan kulit yang tegang dan anjal diperbuat daripada kolagen jenis 1, yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan.

Apabila kulit terluka akibat jerawat, badan bertindak menyumbat lubang sepantas mungkin dengan menghasilkan kolagen jenis 2. Proses ini boleh berlaku dalam beberapa hari.

"Kolagen jenis 2 lebih lemah daripada kolagen jenis 1 dan kurang padat. Pada sesetengah orang, kolagen dihasilkan pada kadar yang lebih cepat dan mengakibatkan parut timbul," katanya.

Terdapat 4 jenis parut utama: ice pick, boxcar, rolling dan hypertrophic.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah atau merawat parut?

Jumpa doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Pastikan anda mengikuti rawatan yang disarankan sehingga anda benar-benar bebas daripada jerawat.

Ketika menjalani rawatan untuk jerawat, anda boleh menggunakan produk parut selepas jerawat bagi mencegah atau merawat parut.

"Apabila anda mempunyai jerawat, bertindak cepat supaya parut anda berkurangan," kata Dr Lim.

Produk yang mengandungi Allantoin, vitamin E, Aloe Vera, Pionin atau Allium Cepa membantu mencegah dan merawat parut jerawat.

Allantoin melembapkan dan mengelupaskan kulit sambil menggalakkan penyembuhan luka. Vitamin E menggalakkan penyembuhan sel normal. Aloe Vera juga melembapkan dan menggalakkan penyembuhan sel normal.

Bahan-bahan ini menghalang pembentukan kolagen jenis 2 selain menggalakkan penghasilan kolagen jenis 1.

Pionin mempunyai sifat antibakteria dan boleh membunuh mana-mana bakteria yang tinggal dalam kulit. Allium Cepa mengurangkan kemerahan parut.

Jika produk bekas parut jerawat tidak menunjukkan hasil selepas empat hingga lapan minggu, anda perlu bertemu pakar dermatologi.

Pakar dermatologi boleh merawat parut anda menggunakan pelbagai rawatan seperti pengelupasan kimia, Microdermabrasion, Dermaroller/Dermapens, laser dan pembedahan, kata Dr Lim. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

jerawat, parut, kolagen, rawatan, laser, Lim Ing Kien