Osama Yamani teringin berkumpul seluruh keluarga sambut Aidilfitri, tak kira mak kandung atau tiri


  • Hiburan
  • Rabu, 04 Mei 2022

Osama Yamani bersama dengan ayahnya, Jamal Abdillah.

KEBEBASAN untuk merentas negeri pada tahun ini digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk berkumpul bersama keluarga selepas dua tahun gagal berbuat demikian akibat pandemik.

Kemeriahan berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara antara yang sangat dinantikan pada Aidilfitri tahun ini.

Namun bagi Osama Yamani, penyanyi dan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, perkara itu adalah satu daripada impiannya.

Menurut Osama, dia tidak pernah dapat berkumpul bersama seluruh keluarganya dan teringin mahu merasai kemeriahan tersebut.

"Tahun ini memang harap dapat beraya beramai-ramai. Dapat berkumpul bersama-sama dengan semua tak kiralah mak betul ataupun mak tiri.

"Sebelum ini memang ada berkumpul tetapi nak lengkap kesemunya itu tiada. Mesti ada yang tiada," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-04-30 at 5.42.06 AM

Jamal Abdillah (kiri) bersama dua anaknya Osama Yamani (tengah) dan Zaki Yamani yang kini mengikut jejak langkahnya bergelar penyanyi.

Menurut Osama, dia mengakui amat sukar untuk mereka berkumpul di hari raya apatah lagi bapanya sibuk menghadiri jemputan untuk membuat persembahan.

Walaupun ada konflik yang berlaku di antara adik tirinya, Zaki dan bapanya, Osama tetap berharap mereka semua dapat berkumpul di hari raya.

Pada awal April lalu, Zaki memberitahu yang dia sangat rindukan ayahnya namun Jamal pula memberitahu yang bekas isterinya tidak membenarkan Zaki bertemunya.

Namun, Zaki kemudian memaklumkan kenyataan ayahnya tidak benar kerana ibunya sendiri yan membawanya meluangkan masa bersama Jamal sebelum ini.

Osama bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan berharap konflik tersebut dapat diselesaikan segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram