Saya hanya ada nostalgia sambut Krismas — Mat Dan


  • Hiburan
  • Selasa, 03 Mei 2022

Mat Dan bersama isteri dan dua orang anaknya.

WALAUPUN sudah bertahun tinggal di Malaysia, Mat Dan mengakui dia sebenarnya tiada nostalgia bila bercerita berkenaan raya.

Malah, dia mengakui yang sambutan Krismas lebih dinantikan berbanding Aidilfitri.

"Jangan salah faham. Puasa dan raya sebenarnya saya tidak ada banyak kenangan. Sebenarnya saya lebih kepada sambutan Krismas.

"Tapi itu bukan bermaksud saya nak sambut Krismas. Tetapi itu adalah waktu untuk saya dan ahli keluarga yang lain berkumpul dan berjumpa satu sama lain," katanya kepada Majoriti.

Menurut Mat Dan, perkara itu sama seperti orang Melayu berkumpul untuk menyambut hari raya dan disebabkan itu dia tiada nostalgia bila bercakap mengenai raya.

Namun kata Mat Dan, tiga tahun lalu dia pernah berdepan dengan situasi yang tidak dijangka langsung ketika Aidilfitri.

WhatsApp Image 2022-04-30 at 5.55.13 AM

Mat Dan dan isteri hanya sempat beraya di Terengganu selama dua hari pada tahun ini.

"Masa itu raya kedua di Terengganu dan ketika itu saya hendak keluar beli barang berhampiran dengan rumah.

"Kawan saya suruh naik motosikal tetapi saya tak mahu dan keluar naik kereta. Sekali rupanya nak pergi ke kedai berhampiran rumah pun ambil masa tiga jam.

"Raya kedua di Terengganu memang dahsyat. Ramai yang keluar beraya dan saya ketika itu memang menyesal bawa kereta," katanya tertawa.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini selepas bergelar seorang penyampai radio, Mat Dan berkata, tahun ini dia hanya dapat bercuti selama dua hari sahaja.

"Sebelum ini kalau cuti raya memang sebulan terus. Tapi tahun ini ada komitmen kerja jadi nak balik Terengganu pun terpaksa gerak pada raya pertama.

"Itu pun hanya dua hari sahaja di Terengganu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur. Tapi saya bersyukur sangat sebab isteri memahami situasi saya sekarang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram