Anna J atur strategi tarik lebih ramai anak muda follow Suria FM


  • Hiburan
  • Sabtu, 09 Apr 2022

Anna J mengakui teruja ketika dipilih untuk menyertai Suria FM.

MENYERTAI stesen radio Suria FM, Anna J atau nama sebenarnya, Syarifah Nur Farhana Syed Talib mengakui ramai yang ingin mengisi tempatnya.

Menurut Anna J, dia percaya pengalamannya sebelum ini bergelar penyampai radio membuatkan dia dipilih oleh DJ Lin selaku pengurus stesen radio tersebut.

"Saya tahu ramai yang inginkan tempat saya sebab Suria mempunyai nama yang besar.

"Tetapi saya yakin ada sebab saya dipilih dan saya juga perlu buktikan pengalaman dalam dunia radio untuk mendapat tempat di hati pendengar," katanya kepada Majoriti baru-baru ini.

WhatsApp Image 2022-04-08 at 9.14.11 PM

Anna J yakin kemampuannya menjadi sebab mengapa dia dipilih menyertai Suria FM

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia gugup mahu bersama dengan penyampai radio yang sudah dikenali di stesen radio tersebut, Anna J berkata, dia yakin dengan strateginya.

Jelasnya, pengalamannya dalam dunia radio bukan baharu dan sebelum ini pun sudah dikenali dan mempunyai pengikut yang tersendiri.

"Saya tahu semua penyampai radio di Suria FM mempunyai identiti yang tersendiri dan saya juga tidak terkecuali kerana ramai yang sudah mengenali saya.

"Tetapi saya yakin dengan strategi sendiri untuk membentuk identiti diri tersendiri dalam kalangan pendengar," katanya.

Tambahnya, mengemudi slot di hujung minggu juga akan memberi cabaran kepada dirinya untuk menarik lebih ramai pendengar muda bersama dengan Suria FM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram