BEBERAPA keping gambar tersebar di media sosial susulan satu kes kecurian barang kemas di sebuah kedai emas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada petang Jumaat.
Gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut menunjukkan seorang wanita yang disyaki terlibat mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM10,000.
Kejadian dipercayai berlaku di Kedai Emas Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Perkongsian gambar tersebut turut memaparkan seorang lagi suspek dipercayai lelaki yang menunggang motosikal yang ditunggang wanita berkenaan.
Hantaran tersebut dikongsi oleh pemilik kedai emas berkenaan yang mana turut menawarkan hadiah bagi mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek.
"Assalamualaikum semua, mohon viralkan, kes kecurian di Kedai Emas Pilah petang ini (Jumaat), kerugian hampir RM10,000.
"Kepada mana-mana pihak yang ada maklumat mengenai pencuri ini boleh hubungi kami, InsyaALLAH hadiah akan diberikan," ujarnya.
Majoriti sedang menunggu respons pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram