SELAIN lapar dan dahaga, ada di antara kita yang mengalami pening kepala ketika berpuasa terutamanya di waktu tengah hari atau petang.
Perkara itu terjadi disebabkan badan sudah kekurangan tenaga dan cecair kerana kita sedang berpuasa.
Rasa sakit tersebut boleh berlaku sama ada di bahagian depan, kanan atau kiri kepala.
Berikut Majoriti senaraikan lima tip untuk mengatasi masalah pening kepala di bulan Ramadan yang boleh mengganggu fokus seseorang terutamanya ketika bekerja.
JANGAN makan makanan yang manis ketika bersahur.
1. Elak terlalu banyak makanan manis semasa sahur
Seperti yang disebutkan di atas, makanan manis merangsang pelepasan insulin yang akan menurunkan kadar glukosa darah, seterusnya mencetuskan sakit kepala.
Banyakkan ambil makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan lupa jamah makanan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan oat kerana ia membantu mengekalkan tenaga dan rasa kenyang untuk bertahan sepanjang hari.
2. Jangan lupa minum air
Air sangat penting khususnya di bulan Ramadan. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sepanjang tempoh selepas berbuka puasa.
Tetapkan masa yang sama setiap hari untuk minum bagi mengelakkan terlupa. Misalnya, dua gelas semasa berbuka puasa, dua gelas sebelum solat Isyak atau Tarawih, dua gelas selepas Tarawih dan seberapa banyak gelas semasa sahur.
ELAKKAN berada dalam keadaan tertekan ketika berpuasa.
3. Elakkan perkara yang membuatkan anda stres
Anda harus sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira di bulan Ramadan bagi mengelakkan sakit kepala.
Elakkan pergaduhan, keluar rumah awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta banyakkan membaca al-Quran dan berzikir.
4. Tidur yang cukup
Jangan kurang atau terlebih tidur. Kedua-duanya tidak baik untuk kesihatan. Jam yang cukup bagi setiap orang adalah berbeza-beza.
Asalkan anda boleh menjalani kehidupan harian dengan cergas dan sihat, berapa pun jam tidur anda sudah dikira mencukupi.
Kebiasaannya antara enam hingga lapan jam. Jika tidur malam tidak mencukupi, cari waktu lain untuk menampung hutang tidur tersebut, contohnya sebelum solat Zohor. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram