Lagi kisah warga Singapura ‘buat hal’, kali ini kencing merata-rata


  • Tular
  • Selasa, 05 Apr 2022

TANGKAP layar rakaman aksi tidak senonoh pemandu BMW berkenaan, dipercayai rakyat Singapura.

PENGUMUMAN sempadan negara pada 1 April memberikan pelbagai kesan positif kepada negara, contohnya pertumbuhan ekonomi dengan kedatangan pelancong dari luar negara dan rakyat yang sudah lama berkelana di luar negara seperti di Singapura.

Namun, di sebalik khabar gembira itu, tidak kurang juga ada perkara negatif yang kurang enak didengar selepas sempadan negara dibuka iaitu ragam segelintir rakyat negara jiran.

Kebelakangan ini, banyak perkongsian gambar dan video di media sosial yang menunjukkan tindakan rakyat Singapura yang kurang disenangi rakyat tempatan termasuklah insiden mengisi minyak RON95 secara terang-terangan, selain pemandu kereta jenis BMW dengan nombor pendaftaran negara itu dilihat memandu secara berbahaya.

Terbaharu, tular rakaman video seorang pemandu kereta BMW dari Singapura membuang air kecil secara terbuka di tepi kawasan kedai, dipercayai berlaku di Johor sebaik sempadan negara dibuka.

RAKAMAN tular aksi tidak senonoh pemandu berkenaan.

Kejadian yang didakwa berlaku di Johor Bahru itu menunjukkan pemandu dan penumpang BMW itu keluar daripada kereta selepas meletakkannya di kawasan parkir.

Aksi membuang air kecil sambil menari-menari itu dilakukan di hadapan paip meter air oleh pemandu itu selepas rakannya berlalu pergi.

Kejadian itu mendapat perhatian warganet Malaysia dan Singapura yang berasa malu dengan tindakan pemandu tersebut.

"Saya orang Singapura. Orang yang ada adab dan perasaan malu tidak akan berperangai macam ni. Bagi pihak Singapura, saya minta maaf. Tak semua orang Singapura macam ini. Selalunya yang golongan tu lah," kata warga Singapura, Yat Amat di video tular itu

"Mohon polis-polis di Johor Bahru mempergiatkan operasi. Mereka dah lama simpan itu.. Habis semua masalah, bala, perangai buruk dia akan bawa ke Malaysia nanti," komen pengguna Facebook, Mohd Nazmi.

Majoriti menunggu maklum balas daripada pihak polis Johor berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram