BAGI sesetengah bekas pesakit Covid-19, simptom tidak hanya berakhir sebaik sahaja mereka sembuh.
Virus itu boleh terus menyukarkan kehidupan bekas pesakit untuk jangka masa yang lama selepas mereka sembuh.
Masalah tersebut dikenali sebagai Long Covid dan bagi sesetengah orang ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan.
Terdapat empat simptom Long Covid yang sentiasa datang dan pergi selepas seseorang sembuh daripada Covid-19.
Pening kepala
Individu dengan Long Covid dilaporkan sering kali dilaporkan mengalami pening selepas pulih daripada Covid-19.
Sindrom Postural orthostatic tachycardia sedang dikaji untuk melihat sama ada terdapat kaitan dengan Long Covid.
Menurut British Heart Foundation (BHF), apbila seseorang duduk atau berdiri, graviti membuatkan sebahagian darah dalam badan anda mengalir ke bahagian bawah, yang boleh menyebabkan tekanan darah menurun.
Badan bertindak balas dengan menyempitkan saluran darah dan meningkatkan sedikit kadar denyutan jantung untuk mengelakkan tekanan darah jatuh dan mengekalkan bekalan darah ke jantung dan otak.
Tetapi jika seseorang itu mempunyai POTS, perubahan automatik ini tidak berlaku.
Menurut British Journal of General Practice, POTS dan Long Covid masih belum dikaji secara menyeluruh, jadi orang ramai harus berhati-hati terhadap kaitan dengan POTS.
Keletihan
Ini merupakan simptom biasa Covid-19 dan ia boleh berlarutan lama selepas virus itu telah dihapuskan oleh sistem imun.
Ia tidak semestinya berkaitan dengan POTS dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang mengalami masalah berterusan selepas jangkitan.
Individu yang ingin mengatasi keletihan harus mencari cara untuk menjimatkan tenaga mereka dan mengehadkan tekanan yang mereka hadapi.
Palpitasi
Ini kebiasaannya merupakan gejala yang paling membimbangkan yang dirasai oleh individu yang menghidap Long Covid dan boleh mengakibatkan panik seketika apabila jantung berdegup dengan pantas.
Palpitasi, atau dikenali sebagai degupan ektopik, adalah apabila jantung terasa seolah-olah berdegup kencang atau tidak teratur.
Ia boleh berlaku selama beberapa saat atau minit pada satu-satu masa. Secara umumnya, keadaan ini bukanlah satu perkara yang menandakan masalah serius.
Gejala ini adalah perkara biasa pada orang yang mempunyai POTS, tetapi individu yang mengalami Long Covid harus berjumpa doktor apabila palpitasi bertahan lama.
Masalah pernafasan
Masalah pernafasan adalah perkara biasa bagi penghidap Long Covid, kerana Covid adalah penyakit pernafasan.
Ia adalah satu lagi gejala yang harus diberi perhatian, tetapi terdapat cara untuk mengatasinya, termasuk berbaring secara meniarap sambil meletakkan bantal di bawah dada atau pinggul anda.
Individu yang mengalami masalah ini harus mendapatkan nasihat doktor jika sesak nafas menjadi lebih teruk dari masa ke masa, atau jika ia tidak bertambah baik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram