Sembilan pemancing nyaris maut bot karam di Tawau


  • 112
  • Ahad, 27 Mac 2022

KEADAAN bot yang karam sebelum semua pemancing yang terlibat diselamatkan.

SEMBILAN pemancing berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam di perairan Tinagat, Tawau, Sabah sebelum diselamatkan kru kapal dagang yang melalui kawasan itu pada pagi Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang kesemua lelaki itu kemudian mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum membawa mangsa ke pos kawalan.

Mangsa terlibat ialah Daniel E Mercado, 41; Marcel Maning, 30; Mohamed Fadle Talib, 40; Alfred Wollin, 40; Johan Hamid, 30; Selamat Hempeng, 51; Lionel Kimjuat Singgang, 35; Abduramzee Abdurahim, 32; dan Mohd Nazir Izuan Ahmaf, 41.

"Kita menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 8.33 pagi Ahad, mengenai sebuah bot yang dinaiki sembilan lelaki hampir karam di perairan Tinagat.

"Susulan itu, kita menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan persisiran pantai Kampung Tinagat, melibatkan jentera serta enam anggota," katanya.

Kenyataan itu menyatakan operasi mencari dan menyelamat yang turut melibatkan APMM termasuk Agensi Pertahanan Awam itu, ditamatkan pada 4.30 petang hari sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pemancing, bot karam, selamat, tawau, bomba.