Elica Paujin juara Big Stage 2022


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Mac 2022

ELICA bergelar juara Big Stage musim keempat dan menewaskan empat lagi peserta yang lain di pentas final pada Ahad. β€” Astro Gempak

PESERTA dari Sabah, Elica Paujin diumumkan sebagai juara rancangan realiti Big Stage 2022 musim keempat, menewaskan empat finalis lain.

Elica membawakan lagu Cinta dari Marsha Milan Londoh di segmen solo serta lagu duet Believer bersama Hael Husaini.

Elica berjaya merangkul wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Daniel Chuer berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Daniel membawakan lagu Hilang Naluri di segmen solo serta berduet bersama Shila Amzah menyanyikan lagu I Still Love You.

Tempat ketiga pula dirangkul oleh Aisha Retno berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Aisha membawakan lagu Fallin di segmen solo serta menyanyikan lagu duet berjudul Semua Jadi Satu bersama Jaclyn Victor.

Tempat keempat yang diraih oleh Yazmin Aziz berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Yazmin membawakan lagu Seksis di segmen solo serta menyanyikan lagu duet berjudul Pawana bersama Syamel.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Tegar Septian berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tegar membawakan lagu It’s Only Me di segmen solo serta menyanyikan lagu Ada Gajah Di Balik Batu duet bersama Sufi Rashid.

Seperti kebiasaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berada di kerusi juri tetap manakala Alif Aziz menyertai mereka berdua sebagai juri juara.

Kerusi juri turut diisi oleh Aina Abdul sebagai juri jemputan, Elly Mazleen sebagai juri pedas dan Datuk Seri Vida sebagai presiden netizen. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram