PADA Ahad, dunia seni dikejutkan dengan pemergian bintang legenda Bollywood, Lata Mangeshkar akibat Covid-19 pada usia 92 tahun.
Penyanyi itu sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy pada 11 Januari 2021 selepas disahkan dijangkti Covid-19.
Berita pemergiannya bukan sahaja ditangisi penggiat seni dan peminat, tetapi juga turut dianggap Perdana Menteri India, Narenda Modi sebagai satu kehilangan besar buat India.
Malah, peminat dalam negara juga merasakan kehilangan penyanyi itu apatah lagi lagu dalam filem yang dinyanyikan penyanyi itu seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein, dan Kabhi Khushi Kabhie Gham menjadi fenomena dalam kelangan penonton tempatan.
Berikut Majoriti senaraikan lima fakta menarik mengenai Lata Mangeshkar.
LATA Mangeshkar sewaktu di usia mudanya. — Agensi
1. Menyanyi sejak berusia 13 tahun
Mangeshkar mula menyanyi pada usia 13 tahun selepas ditawakan untuk menyumbangkan suara dalam filem Aapki Sewa Mein.
2. Monopoli anugerah
Mula menerima anugerah sebagai penyanyi latar terbaik di Filmfare Award pada 1958 menerusi filem Madumati.
Tiada siapa dapat mencabarnya selepas itu sehinggalah dia memilih untuk tidak dicalonkan pada 1969 untuk memberi ruang kepada penyanyi baharu.
3. Pernah diracun
Populariti akan datang dengan rasa dengki. Itu yang terjadi kepada Mangeshkar selepas dia diracun oleh seorang individu yang tidak dikenali sehinggakan dia terlantar sakit selama tiga bulan.
4. Nyanyi lebih 25,000 lagu solo
Mangeshkar memecahkan rekod dunia sebagai penyanyi dengan rekod lagu rakaman terbanyak iaitu lebih 25,000 pada 1974.
5. Menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah
Mangeshkar tidak hanya menyanyi lagu Bollywood sahaja, sebaliknya dia juga pernah menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah dan Di Tepi Pantai yang dinyanyikan bersama Rhoma Irama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram