SEORANG kanak-kanak 5 tahun, Rayan Awram dari Maghribi menjadi tumpuan dunia apabila dirinya terperangkap dalam lubang perigi sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi selama lima hari akhirnya disahkan meninggal dunia pada Sabtu, waktu Maghribi (pagi Ahad waktu Malaysia).
Seisi dunia berkumpul dan berdoa akan keselamatannya dan semua pihak telah bertungkus lumus melakukan yang terbaik dalam operasi menyelamatkannya namun ALLAH SWT lebih menyayanginya.
Sering kita dengar orang berkata kanak-kanak yang meninggal semasa kecil akan berada di dalam syurga asbab diri mereka masih suci tiada dosa dan Rasullullah SAW pun ada menceritakannya dalam sebuah hadis.
Pendakwah bebas, Asma' Harun menerusi Facebooknya menceritakan suatu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga dan antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekeliling dipenuhi kanak-kanak.
"Malaikat menerangkan kepada Nabi yang bermaksud: "Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga)." [HR al-Bukhari]
"Hadis ini menunjukkan bahawa anak-anak yang meninggal pada waktu kecil dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga," katanya.
Mengulas lanjut, Asma' Harun berkata dalam hadis riwayat Muslim juga ada menceritakan kisah kanak-kanak kecil yang akan berada di syurga setelah meninggal dunia.
"Daripada Abu Hassan RA yang bermaksud Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga." [HR Muslim].
"Mungkin secara zahir seperti ALLAH sedang menguji dengan dugaan yang berat kepada ibu bapa yang kehilangan anak semasa mereka kecil, namun hakikatnya ALLAH sedang memberi ganjaran syurga buat kanak-kanak itu," kongsi Asma' Harun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram