Dua tahun dicurangi, isteri penyanyi nasyid ini hampir bunuh diri


  • Hiburan
  • Isnin, 31 Jan 2022

Nissa Sabyan (kiri) dan Ririe bersama Ayus Sabyan sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.

KISAH antara ahli kumpulan yang terkenal dengan lagu kerohanian, Sabyan, iaitu Nissa dan Ayus pada 2021 menjadi tumpuan para peminat.

Bukan kerana kisah seni mereka, tetapi kerana Nissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Ayus dan isterinya.

Apa yang menaikkan darah peminat adalah Ayus didakwa sudah bersikap curang dengan isterinya selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac 2021.

Mengungkap kembali kisah pilu itu, bekas isteri Ayus, Ririe Fairus memberitahu yang dia tidak pernah menjangka suami yang dikenalinya selama 15 tahun itu sanggup berbuat demikian.

Malah kata ibu kepada dia orang anak itu, dia cukup terluka apabila mengetahui yang dirinya sudah dicurangi suami selama dua tahun.

"Jujur saya katakan ketika situasi itu berlaku, saya merasakan kehidupan ini sudah tidak berguna dan gelap.

"Malah saya juga terfikir untuk membunuh diri. Apatah lagi selama perhubungan kami sebagai suami isteri, hidup kami sentiasa ceria dan saya tidak pernah terfikir yang dia akan bersikap curang," katanya.

Menurut Ririe, dia bersyukur kerana di sebalik apa yang berlaku, dia sempat berfikir dan menganggap tindakan bunuh diri itu hanyalah perbuatan yang sia-sia.

Jelasnya, dia banyak beristighfar dan berdoa kepada ALLAH terhadap segala yang dihadapinya ketika itu.

"Bila saya fikir balik, tindakan saya hendak bunuh diri ketika itu seperti saya tidak memiliki tuhan.

"Sedangkan sepatutnya saya mengadu semua masalah kepada ALLAH dan syukur saya lakukan apa yang sepatutnya," katanya.

Untuk rekod, Ayus dan Nissa kali terakhir ditemukan media pada majlis resepsi Ria Ricis dan Teuku Ryan yang berlangsung di Hotel InterContinental, Jakarta Selatan pada November lalu.

Pasangan itu juga tidak mahu bercakap panjang dengan media sebaliknya hanya menitipkan doa buat pasangan mempelai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hiburan, nissa, ayus, ririe fairus, sabyan, muzik, indonesia