Tidak lengkap vaksin, Kanye West tidak boleh anjur konsert di Australia


  • Hiburan
  • Ahad, 30 Jan 2022

WEST bagaimanapun belum memberikan sebarang respon berhubung arahan berkenaan. — Agensi

ARTIS hip hop antarabangsa, Kanye West perlu mengambil vaksin lengkap jika dia mahu mengadakan konsert di Australia, kata Perdana Menteri, Scott Morrison.

Bercakap pada Sabtu, Morrison memberi respon skepada laporan media bahawa selebriti itu merancang untuk menganjurkan konsert jelajah Australia pada Mac.

"Peraturannya ialah anda perlu diberi vaksin lengkap.

"Ia terpakai kepada semua orang, seperti yang dilihat orang baru-baru ini. Tidak kira siapa anda, ia adalah peraturan, ikut peraturan anda boleh datang dan begitu sebaliknya," katanya.

Sementara itu, West bagaimanapun belum memberikan sebarang respon berhubung arahan berkenaan.

Status vaksinasi West juga tidak diketahui.

Ini berikutan dalam temu bual pada 2021 di media sosial, West berkata, dia telah menerima satu dos vaksin.

Bagaimanapun dalam temu bual pada 2020 dengan majalah Forbes, dia telah memanggil vaksinasi sebagai "the mark of the beast".

Australia merupakan salah satu negara yang rakyatnya paling ramai menerima vaksin Covid-19.

Negara itu tidak berkompromi dalam usaha memerangi gelombang jangkitan yang kembali melanda pada bulan lalu susulan varian Omicron yang merebak dengan pantas.

Sehingga kini, Australia hanya mempunyai 400,000 kes sejak wabak pertama melanda hampir dua tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram